BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

24 jam bertarung nyawa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


KUALA TERENGGANU - Setelah lebih 24 jam bertarung nyawa akibat dibelasah kerana disyaki mencuri lembu, seorang lelaki akhirnya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian di Kampung Pengkalan Maras, di sini, Sabtu lalu, mangsa berusia 28 tahun, dipercayai dibelasah oleh sekumpulan penduduk kampung yang mendakwa dia merupakan individu dikehendaki kerana mencuri lembu di kawasan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa dipercayai dibelasah sekumpulan penduduk kampung sehingga tidak sedarkan diri.

"Arwah dibelasah teruk dan terpaksa dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan kerana mengalami pendarahan teruk di kepala, patah kedua belah tangan serta luka di pipi dipercayai dipukul menggunakan senjata.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri ketika di lokasi kejadian, berada dalam keadaan koma ketika menerima rawatan sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia keesokan harinya (Ahad)," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, laporan awal perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk akibat dipukul.

Rentetan laporan perubatan itu, jelas Wan Abd Aziz, pihaknya melancarkan operasi mencari individu terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Sehingga kelmarin, tujuh suspek berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan bagi membantu siasatan.

"Tetapi kita percaya masih ada suspek yang terlibat dan diharapkan dengan penahanan tujuh suspek ini dapat membantu kita mengenal pasti individu yang masih bebas," katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan terburu-buru jika menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam apa jua kes jenayah, kerana tindakan itu akan memakan diri sendiri.

"Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali ambil tindakan sendiri, serahkan dulu kepada kami dan biarkan kami jalankan siasatan selanjutnya, sama ada seseorang itu bersalah atau tidak," katanya.

Berhubung dakwaan penduduk yang kononnya arwah merupakan suspek curi lembu, Wan Abd Aziz berkata, sehingga kini pihaknya masih menyiasat sama ada dakwaan penduduk itu benar atau tersalah orang.
 
tu mkn die..x pasal2 nk kne hadap hukuman gantung
bt lg tindakan sendiri
 
mmm.. suka sgt wat keputusan sendiri....betul ke kalu mati kena bunuh masuk syuga...
 
yg m'bunuh tu mungkin sbb geram dia pi hentam pencuri sampai lunyai. bkn sbb nak tegak'n hukum Allah iaitu kalau m'curi potong tgn. yg si mati plak tak dpt p'adilan yg sah terus diadili sendiri penduduk kg. semoga sempatlah si pencuri mengucap syahadah..masuk syurga pun sbb rahmat Allah bkn sbb dia alim atau byknya amal. wallahu'alam..
 
dgr katenye die mencuri sbb nak beli susu & makanan utk anak bini die.. dlm fb dah viral muke bini dgn anak die..
 
tuan lembu ni bila lembu lepas merata orang eksiden mula la tak ngaku..tapi kalau lembu kena curi, sanggup pukul orang sampai mati..wallahhua'lam
 
kalau marah tu boleh tahan ckit lg x jadi macam ni....ni x pasal2 jadi kes bunuh plak
 
Back
Top
Log in Register