BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

20 termasuk polis cedera diserang lebah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ANKARA, Turki 28 Sept. - Sebuah van yang terlekat dengan sarang lebah telah melanggar sebuah trak, menyebabkan seorang terbunuh selain mengakibatkan lebah-lebah tersebut mengerumuni dan menyerang lima mangsa kemalangan yang cedera termasuk penyelamat mereka, menurut pegawai.

Agensi berita Anatolia berkata, kira-kira 20 orang termasuk anggota perubatan dan pegawai-pegawai polis yang tiba untuk menyelamatkan mangsa kemalangan telah dirawat di hospital.

Menurut kerajaan Ahmet Altinparmak, kemalangan itu berlaku hari ini di jalan raya berdekatan sebuah resort Mediterranean, Marmaris.

Sementara itu, agensi berita swasta Dogan berkata, pemelihara-pemelihara lebah kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa-mangsa.

Sedutan video Dogan menunjukkan beberapa orang lelaki yang memakai pakaian pemelihara lebah sedang mengangkat mangsa-mangsa yang cedera di atas pengusung di tengah-tengah kumpulan lebah itu. - AP
 
Back
Top
Log in Register