BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

20 pelajar disebat pengawas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


BUTTERWORTH: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara (SPU) di sini, kesal dengan tindakan pengawas sekolah mereka yang mengambil alih kuasa guru disiplin dengan merotan mereka atas kesalahan merokok.

Berikutan tindakan itu, ada antara pelajar terbabit mendakwa terpaksa tidur meniarap kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki dan belakang badan.


Pelajar terbabit berkata, mereka tidak mempertikaikan jika hukuman dilakukan guru disiplin secara tertutup dan bukannya oleh pengawas yang terikat dengan peraturan sekolah. Seorang daripada pelajar terbabit berkata kejadian itu bermula apabila gelagat mereka menghisap rokok di luar kawasan sekolah dikesan pengawas kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.

Berikutan itu, katanya, mereka dipanggil ke sebuah bilik oleh empat pengawas ketika berada di asrama sekolah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.


“Kami diberitahu mengenai kesalahan merokok itu sebelum seorang daripada pengawas terbabit tiba-tiba merotan di kaki dan anggota badan kami.


“Ada rakan saya ditumbuk sebelum seorang pengawas mengarahkan beberapa pelajar memakan tembakau rokok.

“Kejadian berlaku lebih sejam sebelum kami diarah masuk ke bilik asrama masing-masing dan kejadian itu tidak diketahui guru disiplin sehinggalah pagi kelmarin,” katanya. Pelajar berkenaan mendakwa dia disebat sekurang-kurangnya enam kali di kaki hingga terpaksa tidur meniarap kerana kesakitan.


“Memang kami melakukan kesalahan tetapi kesal kerana pengawas bertindak sendiri melebihi kuasa guru disiplin,” katanya.

Seorang lagi pelajar berkata, ketika dipanggil masuk ke bilik berkenaan dia melihat beberapa pelajar sedang ditumbuk seorang daripada pengawas terbabit. “Saya dirotan kira-kira 10 kali di bahagian kaki dan badan hingga meninggalkan kesan,” katanya.


Seorang waris pelajar yang enggan dikenali pula berkata laporan polis dibuat berhubung kejadian itu petang kelmarin, sebelum ditarik balik kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.


Bagaimanapun, difahamkan polis meneruskan siasatan kes itu walaupun laporan sudah ditarik balik.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata beliau sudah mengarahkan pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah SPU menyediakan laporan berhubung kejadian itu.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/20disebatpengawas/Article
 
pandai merokok pandai ar tahan kene rotan..najis punyer budak2
 
hehehehe...no comment...pesalah pulak yg komplen....kes2 kat asrama mmg mcm nih larr...sapa soh buat salah...kalu cikgu displin tau boleh buang sekolah larr ngong....
 
pengawas ada hak ke?kalau guru disiplin ok lg..:-?:-?:-?
 
Kelakar tul..takkan gengster sekolah takut ngn pengawas kott..huhu..apa daa...sepanjang aku jd pengawas..mat2 gengster ni x prnah takut ngn pengawas pun.
 
cm ganas gile kecik2 isap rokok.. kne tibai nk mengadu lak..
 
hehehehe...no comment...pesalah pulak yg komplen....kes2 kat asrama mmg mcm nih larr...sapa soh buat salah...kalu cikgu displin tau boleh buang sekolah larr ngong....

budak2 skang mmg gitewww..ingt ok ker kalo ketua disiplin yg hukum..silap2 kene buang sekolah..ingt buang sekolah tuh best???takbleh msk sekolah gomen dah weihhhh..pegi ar carik sekolah swasta tuh..ingt mak bapak kome tuh kaye sgt???org bg duit suh beli makanan bukan merokok..najis punyer budak2
 
ni kes berangan2 nk jd cikgu disiplin ni tp syg salah tempat dan waktu!!!!!
 
Kelakar tul..takkan gengster sekolah takut ngn pengawas kott..huhu..apa daa...sepanjang aku jd pengawas..mat2 gengster ni x prnah takut ngn pengawas pun.

Rasanya bebudak pengawas tu yang asalnya gangter sekolah. Cikgu lantik jadi pengawas supaya dia orang berubah jadi baik dan pelajar lain takut.

Masa aku seklah dulu cikgu pernah buat camnie dan berkesan.
 
Back
Top
Log in Register