BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita, lelaki disebat 140 kali di khalayak ramai

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
Flash-sebat11-scaled.jpg

SEORANG wanita disebat di khalayak ramai. - Foto Muhammad Iqbal/Zuma Press Wire/Shutterstock

JAKARTA – Seorang wanita pengsan selepas dia disebat 140 kali kerana melakukan hubungan seks di luar perkahwinan dan meminum arak di Aceh, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang lelaki yang melakukan hubungan seks dengannya dan meminum arak juga disebat dalam jumlah yang sama.

Mereka disebat di bahagian belakang menggunakan rotan di sebuah taman awam semalam dan disaksikan oleh puluhan orang awam.

Hubungan seksual antara pasangan yang belum berkahwin adalah dilarang keras di Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan versi Undang-undang Syariah.

Wanita itu pengsan selepas menanggung hukuman sebat  dan kemudian diiringi ke dalam ambulans.

Mereka dikenakan 100 sebatan kerana melakukan hubungan seks di luar perkahwinan

Menurut Ketua Polis Syariah Banda Aceh, Muhammad Rizal, baki 40 lagi sebatan adalah kerana mereka mengambil minuman beralkohol.

Gambar-gambar hukuman sebat awam menunjukkan wanita itu berlutut ketika seorang lelaki bertopeng menyebatnya berulang kali dengan rotan.

Satu lagi gambar menunjukkan dia mengesat air mata.

Wanita tersebut juga dirakam dibawa keluar menggunakan pengusung selepas disebat, manakala pasangannya kelihatan menahan kesakitan dalam gambar berasingan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register