BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Terbunuh, 8 Cedera Parah Dalam Insiden Tembakan Di Universiti Brown, AS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
e57b13330a04f051d48dafff0027a79b62dd59a00cea7


Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lapan cedera parah dalam insiden tembakan di Universiti Brown di bandar Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Pihak berkuasa memaklumkan suspek masih bebas dan arahan berlindung di rumah masing-masing masih dikuatkuasakan, lapor Anadolu Ajansi.

Datuk Bandar Providence, Brett Smiley mengesahkan terdapat dua individu maut manakala lapan lagi berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Hospital Rhode Island, katanya kepada pemberita.

Pihak berkuasa berkata panggilan kecemasan diterima sejurus selepas 4 petang waktu tempatan (2100 GMT), sekali gus mencetuskan tindak balas segera oleh polis Universiti Brown, diikuti polis Providence, anggota bomba dan pasukan perubatan kecemasan.

Insiden tembakan berlaku di Bangunan Kejuruteraan Barus dan Holley di kampus berkenaan yang menempatkan bilik kuliah serta makmal.

Polis berkata anggota keselamatan segera memasuki bangunan itu dan menjalankan pemeriksaan sistematik namun gagal mengesan suspek.

Polis memaklumkan suspek dipercayai seorang lelaki berpakaian hitam yang telah keluar dari bangunan berkenaan.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan motif kejadian masih belum diketahui.

Pihak bomba berkata 10 mangsa dikenal pasti, dengan lapan daripadanya dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal namun stabil, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

 
US nie bab local crime mmg gila
 
Back
Top
Log in Register