TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
POLIS memeriksa mayat mangsa ditempat kejadian. Gambar kecil, Muthazagen.
Taiping: Dua penjenayah yang dipercayai bergiat aktif sebagai pembunuh upahan menjadi buruan polis daerah ini selepas dikenal pasti menembak mati seorang peniaga besi buruk di Simpang, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.05 pagi, mangsa, K Muthazagen, 47, maut apabila peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di kawasan itu tanpa menyedari kehadiran suspek.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan, namun tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perebutan kawasan kongsi gelap.
Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah pembunuh upahan dan kejadian itu ada kaitan dengan dendam kumpulan kongsi gelap.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/2pembunuhupahandiburu//Article