BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 pakar komputer tergamam

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Kuala Lumpur: Dua pakar komputer warga Pakistan yang membuka perniagaan di sebuah pusat beli-belah di sini, tergamam sejurus ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana menjual perisian komputer cetak rompak.

Timbalan Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rosli Ahmad berkata, dua lelaki berusia 25 dan 36 tahun itu diberkas sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di dua premis di Plaza Low Yat di sini, jam 4 petang kelmarin.


Menurutnya, serbuan dilakukan selepas anggotanya mengumpul maklumat dan melakukan risikan sejak seminggu lalu.


“Kedua-kedua premis itu didapati menjual komputer berjenama dengan menggunakan perisian komputer cetak rompak.


“Dalam serbuan pertama itu, pegawai penguat kuasa KPDNKK merampas tiga komputer riba dan enam perisian komputer. Tindakan diambil selepas pihak KPDNKKmengenal pasti perisian cetak rompak digunakan,” katanya, semalam.


Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit adalah ahli lembaga pengarah di dalam syarikat komputer berkenaan berdasarkan semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). “Serbuan kedua dilakukan di sebuah lagi premis di lokasi sama sebelum empat komputer riba dan lapan perisian cetak rompak turut dirampas.

“Modus operandi digunakan kedua-dua syarikat ini sama iaitu pemiliknya memuat turun perisian cetak rompak sebelum dijual kepada pelanggan,” katanya.


Rosli berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM29,550 berdasarkan kepada harga pasaran semasa.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan suspek boleh didenda minimum RM4,000 dan maksimum RM40,000,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2pakarkomputertergamam/Article/index_html
 
Apa benda yg pakar nya? Takat jual software pirate tu org xpanggil pakar. Lain la masa kena tangkap tu dia tgh hack mainframe cimb
 
company2 cina dok jual terang2 xde plak kena..... oopppssss.... :">:">:)):)):))
 
tergamam la sgt.. geng2 ni dh tau pun risiko klau kena serbu..
 
Bubuh je linux os dan open office. Avg antirus. Kan free semua tu. nk original hulur sepam dua.
 
kalau nak beli laptop kat outlet ni better beli dekat branch je vontoh kalau nak beli acer cari branch acer nak beli asus cari branch asus
 
pakar it pakar ekonomi jaguh sukan & juga jutawan..wakakaka:eek:
 
Back
Top
Log in Register