BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Mati Ditembak Di Barat Jerman

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
ddffgt_1623935553.jpg


Polis berkawal di Berlin, hari ini. Gambar hiasan AFP​


BERLIN: Dua orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bandar terletak di barat Jerman.

Polis belum mengetahui apa punca kejadian itu.

Ekoran itu, ramai polis dikerahkan ke tempat kejadian di Espelkamp, bandar paling ramai diduduki di negeri North Rhine-Westphalia.

Menurut jurucakap polis, dua mangsa yang terbunuh itu masing-masing seorang lelaki dan wanita.

Media tempatan melaporkan penembak masih lagi bebas.

Bagaimanapun pihak polis tidak dapat mengesahkan maklumat berkenaan.

Pada 2016, Jerman dikejutkan dengan serangan di pusat beli-belah di Munich. Penyerang, David Ali Sonboly menembak mati sembilan orang.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 35 orang cedera.

Serangan itu bermula di restoran makanan segera McDonald dan berakhir dengan penyerang menembak diri sendiri menggunakan pistol jenis Glock 9 MM. - AFP


 
Back
Top
Log in Register