BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lagi samseng bola ditahan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Shah Alam: Dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pukul pada separuh akhir Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu ditahan polis kelmarin.

Dua lelaki berusia 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur dan di Selangor oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki terbabit yang akan disiasat sebelum didakwa di mahkamah.

Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini daripada Mahkamah Majistret untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


“Polis masih mengesan empat lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan itu. Mereka juga digesa tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

http://www.hmetro.com.my/node/17456
 
Back
Top
Log in Register