BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 kaki kapur tumpas

honda_primo

Banned
Messages
5,761
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
KUALA LUMPUR: Kegiatan dua rakan karib menyamar sebagai pengusaha kantin dan restoran kononnya sedang mencari pekerja dengan mengunjungi kawasan perumahan di sekitar Lembah Klang sebelum menyamun mangsa akhirnya tumpas apabila mereka diberkas.

Suspek iaitu masing-masing seorang wanita mualaf berusia 42 tahun dan rakannya seorang lelaki juga mualaf berusia 45 tahun dikesan menggunakan taktik berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata kedua-dua suspek dipercayai memperdaya lebih 29 mangsa di sekitar Lembah Klang.


“Taktik mereka mensasarkan individu yang mahu mencari pekerjaan. Suspek akan mengunjungi rumah di kawasan perumahan dan berpura-pura mahu mencari pembantu untuk bekerja di kantin atau restoran.


“Individu yang berminat dengan tawaran itu dibawa ke hospital atau pusat perubatan berhampiran dengan alasan untuk melakukan ujian X-ray.


“Mangsa diperdaya supaya meninggalkan barang peribadi serta wang tunai kepada suspek ketika melakukan pemeriksaan kesihatan itu kononnya untuk dijaga sebelum suspek melarikan semua barangan milik mangsa itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.




Bagaimanapun, katanya, taktik licik mereka akhirnya tumpas apabila diberkas pada 10 Februari lalu di pekarangan sebuah hospital kerajaan di sini ketika sedang memperdaya seorang wanita.


Dalam kejadian jam 5 petang itu, polis yang mengenal pasti kegiatan mereka menahan suspek yang ketika itu bersama-sama seorang mangsa wanita.


Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui dua telefon bimbit, dokumen milik mangsa yang pernah ditipu dan wang tunai RM450 dalam beg milik suspek.


“Di kawasan Cheras saja, kami menerima 12 laporan berhubung taktik sama. “Bersama-sama pasangan itu, polis merampas wang RM450, dua telefon bimbit dan pelbagai dokumen dipercayai milik mangsa,” katanya. Menurutnya, siasatan awal, suspek wanita didapati miliki lima rekod jenayah lampau berkaitan kes curi, menculik dan curi kenderaan manakala suspek lelaki terbabit mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.


Berikutan penangkapan itu, katanya, polis menyelesaikan 29 kes membabitkan samun tanpa senjata dan kecurian sekitar ibu negara sejak 2002.
 
elok sula je penjenayah macam nie... asyik nak menyamun je... banyak lagi keja halal boleh buat...
 
ganas betul... ambil pekerja terus pi buat medical check-up. tak perlu interview.
 
Gile ar..orang nak cari keje diorang tipu...
x berhati perut betul....
 
Back
Top
Log in Register