balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
BATU PAHAT - Seramai 2,200 penduduk dalam kawasan Parlimen Parit Sulong, gembira menerima duit raya berjumlah RM220,000 sempena Aidilfitri tahun ini.
Ahli Parlimennya, Datuk Noraini Ahmad berkata, sumbangan yang disalurkan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu adalah salah satu bantuan bagi golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, seramai 2,200 penerima itu telah diberikan sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang sebagai usaha meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri ini.
“Kerajaan amat prihatin dan memahami masalah rakyat khususnya daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan OKU, disebabkan itu, bantuan hari raya telah diberikan melalui agensi sepatutnya iaitu JKM.
“Kerajaan mahu rakyat seperti ini juga mampu menyambut Aidilfitiri sama seperti orang lain yang berkemampuan, selain menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan berkebajikan seperti yang diamalkan pemimpin sejak dahulu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Noraini berkata, beliau berharap penerima bantuan dapat menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.
Tambahnya, selain itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong turut menyalurkan bantuan kepada seramai hampir 1,800 penduduk daripada tiga golongan itu.