BTC USD 53,945.2 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2,000 pengusaha bas persiaran mula tersepit

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,142
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,142
Reaction score
1,639
Points
111

2,000 pengusaha bas persiaran mula tersepit​

OlehSYAMILAH ZULKIFLI

11 Jun 2024 08:00amMasa membaca: 4 minit

2684601.jpg



Pengusaha bas persiaran dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang atau mengenakan caj tambahan susulan kenaikan harga diesel. Gambar kecil: Mohd Rofik

SEREMBAN - Lebih 2,000 pengusaha bas persiaran dan bas carter di seluruh negara berada dalam keadaan 'tersepit' berikutan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.
Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata, ini kerana kebanyakan pengusaha telah pun menerima tempahan sehingga hujung tahun ini sedangkan kadar tambang ditetapkan mengikut harga diesel RM2.15 seliter

“Sudahlah kategori bas ini tidak termasuk dalam kategori layak menerima subsidi, kini berdepan pula kenaikan harga diesel dan ini sangat membebankan.
“Sekarang ramai pengusaha dalam dilema sama ada perlu menyemak semula kadar tambang ditetapkan atau mengenakan caj tambahan,” katanya kepada Sinar Harian.

2684602.jpg


Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Mohd Rofik, kebanyakan pengusaha pula telah pun mengambil wang deposit dan mereka bimbang sekiranya menaikkan harga tambang akan berdepan kehilangan pelanggan.
Katanya, untuk isian penuh diesel bagi sebuah bas pada kadar baharu, pengusaha perlu menanggung sehingga RM600 berbanding kadar lama antara RM350 hingga RM400 sahaja.

“Jadi saya mohon sangat kerajaan supaya pertimbang perluaskan Program Subsidi Diesel Budi Madani kepada semua kategori bas kerana mereka juga pengangkutan awam,” ujar beliau.

 
Last edited:
Sponsored Post

Utk permulaan, adakah bas2 persiaran ni mmg layak guna harga subsidi di tempat pertama?

Atau mmg sepatutnya x layak guna harga subsidi pun, tp telah salahguna.
Tarik je subsidi minyak ni......dah lama dah geng pemakan subsidi ambik kesempatan. Bukan dapat kat kebanyakkan rakyat marhaen pun......hehehehe

Mohon kerajaan tarik jugak subsidi petrol 95......biar adil.....orang naik kereta bayar minyak banyak, orang naik motor bayar minyak sikit.


Ini, orang naik kereta bayar minyak banyak, enjoy subsidi pun banyak......orang naik motor, bayar minyak sikit, enjoy subsidi pun sikit......dunia-dunia....hehehehe
 
Tarik je subsidi minyak ni......dah lama dah geng pemakan subsidi ambik kesempatan. Bukan dapat kat kebanyakkan rakyat marhaen pun......hehehehe

Mohon kerajaan tarik jugak subsidi petrol 95......biar adil.....orang naik kereta bayar minyak banyak, orang naik motor bayar minyak sikit.


Ini, orang naik kereta bayar minyak banyak, enjoy subsidi pun banyak......orang naik motor, bayar minyak sikit, enjoy subsidi pun sikit......dunia-dunia....hehehehe
Rasanya ron95 pun akan diapungkan dan subsidi bersasar akan dibuat.

Ini mmg janji manifesto PH
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register