ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PUTRAJAYA 28 Julai- Seorang pengarah urusan bergelar Datuk dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Majistret Nik Isfahanie Tasmin Wan Ab. Rahman mengarahkan individu berumur 48 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin.
Datuk berkenaan merupakan individu keempat yang ditahan reman dalam siasatan kes berkaitan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB. - UTUSAN ONLINE