BTC USD 84,525.1 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13Feb 2008 Pembubaran Parlimen

Uiiikksss...
Baru malam tadi aku dengar berita
kata tak ada pembubaran parlimen hari ni

tak sampai 24jam dan berubah?
musykil ... musykil...
 
berita semalam.......

PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini

Oleh Nazrullah Rosli dan Saifulizam Mohamad

BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.

‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ =D> =D> =D> =D> =D> kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.

Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’

Abdullah sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

apa salahnya bagitau yg betul, pak lah jawap la yg dia akan bubarkan besok (hari ni) kat wartawan setelah diperkenankan Yg Dipertuan Agong....kan senang, kat sini dah nampak dia cakap tak serupa bikin..mcm ni ke PM Malaysia :-?
 
Uiiikksss...
Baru malam tadi aku dengar berita
kata tak ada pembubaran parlimen hari ni

tak sampai 24jam dan berubah?
musykil ... musykil...

cuaca pon xleh predict.. ni plak lidah manusia ekekeke
 
Dah sah PL ni pembelit, semalam kata lain, harini kata lain.
Tp igt, tak selamanya org Malaysia ni bodoh.
aku tak sabar keluar ngundi utk kali ke 2.

tu org kater pemimpin kencing berdiri....anak2 buah pun ikut lah jugak nanti.....
 
Back
Top
Log in Register