BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13Feb 2008 Pembubaran Parlimen

sume org suke hijau... walaupun pangkah biru..
tp bila memorex hijau juga yg dicari...:D :D

mne ad biru..:eek: :eek:

Hehehehe... tau takpe bro.. skrg nie kita pakat² tgk la prg politik berkempen.. tak ketinggalan juga stesen² TV tempatan turut berkempen.. yg terbaru aku tgk kat TV1.. berlainan parti 1 identiti. Huhuhu.. kelantan pun tak lekang dr cemuhan diaorg.. nk cakap kelantan tu tak berjaya la bawah pimpinan PAS.. huhuhuhu
 
hu..hu..hu..
adakah ini bermakna
semua berita-berita yang keluar sebelum ini
juga palsu dan dusta semata-mata ???

Ya ALLAH.. jauhkanlah kami dari pemimpin atau ketua yang suka berdusta... amin
 
harap2 BA dapat menafikan 2/3 kerusi BN...insyaallah..harapan setinggi gunung..harap2 berjaya kali ni, nak jugak try baju baru..yg lama tu byk koyak sgt, kena antar p jahit dulu...kalau ok pakai balik yg lama, kalau tak terus buat kain buruk..:">
 
berita hairan hari ini:

Parlimen tidak dibubar hari ini: PM


BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.

Mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat dua perubahan berhubung peraturan pengiraan semula perbezaan undi calon pada pilihan raya umum kali ini, Perdana Menteri berkata: "Saya akan ikut saja apa yang SPR putuskan."

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bahawa sebahagian daripada calon Barisan Nasional (BN) negeri itu tidak melepasi tapisan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdullah berkata, pemilihan calon akan dibuat berdasarkan laporan BPR.

CIRI-CIRI ORG YANG MENIPU ..MAU KASI LAGI KA ? :(scam
 
agaknya BN dah rasa ready kot.. kita tgk la nanti after pilihanraya sure seme naik.. tambah lagi petrol.. mencanak naik sakan...
 
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”
 
mari la mari pegi mengundi...jgn lupa kewajipan pada negara...
 
Back
Top
Log in Register