BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 murid cirit-birit, muntah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_02.1.jpg


SEBAHAGIAN daripada 13 pelajar SK Seberang Perak Baru, Alor Setar kelihatan lega selepas mendapatkan rawatan di HSB selepas mengalami keracunan makanan semalam.

ALOR SETAR - Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak Baru di sini terganggu seketika apabila 13 muridnya terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas diserang sakit perut, cirit-birit dan muntah akibat keracunan makanan semalam.

Kesemua murid berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu dikatakan telah makan nasi berlauk ayam, laksa dan mihun goreng yang dipercayai disediakan oleh kantin sekolah pada pukul 11 pagi.

Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, pemeriksaan awal pihaknya mendapati kejadian itu telah mengakibatkan kesemua murid-murid itu mengalami gejala sakit perut, cirit-birit dan muntah.

"Saya difahamkan mereka telah makan nasi berlauk ayam dan laksa di kantin sekolah pada waktu pagi. Kesemua murid itu kini stabil selepas dirawat sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi di sini.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
lantak ko la nak muntah ke nak cirit birit ke...yg penting tokey kantin tu untung sudaah.
 
teringat tukang masak kt asrama ak dlu..pagi tu die datang kerja kul 5pagi naik motor accident..pg jgk asrama masak sarap utk budak2..setel kul 9 baru die pg hospital..tabikla pakcik tu


.
 
Back
Top
Log in Register