BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Warga Asing Ditahan Di Labuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,450
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,450
Reaction score
321
Points
141
765540559c085eae355c244d96929c5967ff8a1f2cba7

ed17c3fb98693fa55cb7a3343ffc7d1467ff8ad7a41fd

kredit: JIM Labuan

Jabatan Imigresen Labuan menahan 11 warga asing dalam operasi di beberapa penempatan disyaki menjadi tempat persembunyian di sekitar pulau berkenaan, Selasa lepas.

Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata kesemua yang ditahan dalam serbuan dijalankan pada 2 hingga 4 pagi itu terdiri daripada mereka yang berusia satu hingga 57 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Filipina iaitu dua lelaki, seorang wanita dan enam kanak-kanak serta dua warga Indonesia.

“Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depo Tahanan Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Raymond berkata pihaknya komited dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyelududpan Migran 2007 (ATIPSOM).

 
Back
Top
Log in Register