BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 peruntukan undang-undang syariah baharu Kelantan boleh dicabar, kata Nik Elin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

11 peruntukan undang-undang syariah baharu Kelantan boleh dicabar, kata Nik Elin​

ce6f7753-nik-elin-zurina-nik-abdul-rashid-tengku-yasmin-nastasha-tengku-abdul-rahman-fmt-resiz...jpg

Peguam Nik Elin Nik Rashid gesa kerajaan Kelantan agar tidak gubal undang-undang yang hanya ‘sedap didengar’.

Awal bulan ini, DUN Kelantan meluluskan pindaan terhadap enakmen kesalahan syariah negeri itu secara sebulat suara bagi menggantikan 16 peruntukan yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2024 kerana tidak berperlembagaan dan melangkaui kuasa perundangan negeri.

Nik Elin, salah seorang pempetisyen dalam kes yang membawa kepada pembatalan 16 peruntukan terbabit, hari ini menggesa kerajaan Kelantan agar tidak menguatkuasakan undang-undang semata-mata kerana ia ‘sedap didengar’.

Beliau mengingatkan bahawa undang-undang baharu itu akhirnya boleh menjadi ‘retorik politik’ dan dicabar di mahkamah dalam kes ‘Nik Elin 2.0’.

“Undang-undang sepatutnya membawa keadilan, kemaslahatan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukan sekadar menjadi alat untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi petikan undang-undang baharu itu yang mentakrifkan ‘orang Islam’ bukan sahaja sebagai individu, malah mana-mana badan, gerakan atau kumpulan yang dikawal oleh orang Islam serta menjalankan kegiatan atau menyebarkan pandangan mengenai hukum syarak.

Bagaimanapun, Nik Elin tidak menyatakan sama ada takrifan itu termasuk dalam 11 peruntukan yang dirasakannya boleh dicabar, dan beliau juga tidak memperincikan 11 peruntukan terbabit.

Menerusi keputusan majoriti 8-1 pada 9 Feb 2024, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen Kelantan itu atas alasan ia tidak berperlembagaan.

Mahkamah turut memutuskan bahawa DUN Kelantan tiada kuasa menggubal peruntukan terbabit kerana ia menyentuh kesalahan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang jenayah persekutuan.

Mahkamah menjelaskan bahawa kes berkenaan menyentuh tahap kerajaan mana yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang terbabit, dan bukannya mengenai kedudukan Islam atau mahkamah syariah.

Susulan keputusan itu, Kelantan merangka undang-undang baharu. Rang undang-undang (RUU) yang mengandungi 62 seksyen itu diluluskan secara sebulat suara oleh DUN pada 12 Ogos.

Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan sebelum ini berkata, undang-undang baharu itu digubal selepas meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan bersama pakar undang-undang dan syariah.

Beliau juga berkata, peruntukan di dalamnya adalah dalam lingkungan kuasa DUN di bawah Perlembagaan Persekutuan.
 
Back
Top
Log in Register