BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 lokasi di Selatan Thailand diserang, tayar kenderaan dibakar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14299541911525965-419458.jpg

14299541911525965-419459.jpg


Siri letupan bom gemparkan tiga wilayah di Selatan Thailand

Kota Bharu: Selatan Thailand digemparkan dengan siri letupan bom di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan malam tadi.

Menurut media tempatan Thailand, kejadian berlaku hampir serentak di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan bermula jam 8.15 malam.

Laporan awal memaklumkan ia membabitkan sekurang-kurangnya 12 lokasi di tiga wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.

Kejadian dilaporkan berlaku membabitkan beberapa bentuk gangguan seperti letupan, pembakaran tayar, pembakaran kenderaan serta serangan terhadap kemudahan awam dan premis perniagaan.

Narathiwat dikatakan antara wilayah yang banyak berlaku letupan bom diikuti Yala dan Pattani.

Susulan kejadian yang berlaku, pasukan keselamatan Thailand meningkatkan kawalan dan menutup beberapa kawasan bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.

Di Narathiwat, pihak keselamatan dikatakan mengarahkan penutupan sementara kawasan tertentu termasuk Sungai Kolok dan Tak Bai, dengan larangan keluar masuk di kawasan yang ditetapkan.

Sehingga kini, jumlah sebenar kerosakan dan kemungkinan mangsa terjejas masih tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk menentukan keseluruhan kejadian, jumlah kerosakan serta pihak yang bertanggungjawab.
 

11 lokasi di Selatan Thailand diserang, tayar kenderaan dibakar​

3623313.webp

Timbalan Gabenor Narathiwat, Wichan Chaisetthsamphan (kiri) meninjau operasi keselamatan di daerah Muang, termasuk sekatan jalan raya, pos keselamatan di pejabat kerajaan, pejabat wilayah serta kedai serbaneka di zon ekonomi khas, susulan beberapa kejadian letupan bom, malam tadi. Foto/ Pejabat Perhubungan Awam Wilayah Narathiwat.

NARATHIWAT - Sekurang-kurangnya dua mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian letupan dan kebakaran di selatan Thailand pada Sabtu malam sehinggakan kenderaan, infrastruktur komunikasi serta harta benda mengalami kerosakan.

Memetik portal Bangkok Post, pihak berkuasa mengesahkan serangan berlaku di 11 lokasi berbeza di Narathiwat, Thailand.

Antaranya letupan di sepanjang jalan menghubungkan Kampung Pare dan Kampung Kuching Luepa di daerah Rangae sekitar jam 8.15 malam waktu tempatan, diikuti serangan pembakaran di Pejabat Pentadbiran Tambon (TAO) Bongo yang menyaksikan sebuah trak pikap hilang.

Di lokasi lain dalam daerah Rangae, tayar kenderaan dibakar di Kampung Mo Sa Wa, termasuk sebuah jentolak berhampiran jambatan di Kampung Arnae.

Di daerah Cho Airong, tayar dibakar di Tambon Bukit dan Tambon Maruebo-ok, selain letupan dilaporkan berlaku berhampiran menara telekomunikasi DTAC di Tambon Chuap.

Sementara itu di daerah Yi-ngo, insiden pembakaran tayar berlaku di Lebuh Raya 42 berhampiran Kampung Thung Kha.

Dalam pada itu, Pasukan Polis Narathiwat menerima laporan terdapat dua wanita cedera selepas kenderaan dinaiki lima individu terkena serpihan letupan berhampiran persimpangan Masjid Dalaepalas di daerah Sungai Padi, sebelum kedua-duanya dikejarkan ke hospital berdekatan.

Serangan turut merebak ke wilayah Yala apabila suspek pemberontak membakar menara telekomunikasi dan dua kenderaan milik TAO di Kampung Ban Rae, daerah Than To.

Ketua Daerah Sungai Kolok, Sopiyan Daemoleng memaklumkan, siasatan awal mendapati bom diletak di pondok rehat tepi jalan berhadapan Pejabat Pengangkutan Wilayah Narathiwat cawangan Sungai Kolok.

Susulan insiden itu, laluan keluar masuk ke bandar Sungai Kolok serta kawasan sempadan dengan Tak Bai ditutup sementara bagi membolehkan kawalan keselamatan ketat dilaksanakan.

Penduduk digesa untuk tidak keluar rumah tanpa urusan mendesak.

Pasukan Petugas Khas Narathiwat turut melaksanakan perintah berkurung bermula jam 10.15 Sabtu malam hingga 6 pagi Ahad waktu tempatan bagi mengawal keadaan.

Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Wilayah 4 menggesa orang ramai supaya berwaspada, mengelak ke kawasan sasaran serta melarang penyebaran maklumat, foto atau video lokasi anggota keselamatan secara langsung bagi mengelakkan mengganggu operasi memburu pihak bertanggungjawab.

 
Back
Top
Log in Register