BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Ketua Bahagian Bersatu Johor Umum Letak Jawatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
9fcc91528585e64433cf4007dcdf087869956701499a3

Ketua Bersatu Bahagian Pontian Datuk Isa Ab Hamid (tengah) bergambar bersama wakil sebelas Ketua Bahagian Bersatu serta barisan ahli jawatan kuasa bahagian pada sidang media khas mengenai peletakan jawatan mereka di Simpang Renggam hari ini.

Bahagian terlibat ialah Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Johor Bahru, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Seri Gading, Ledang dan Pulai.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebelas ketua bahagian Bersatu di Johor hari ini mengumumkan peletakan jawatan susulan krisis kepimpinan yang didakwa berlarutan, dan gagal ditangani secara berhemah oleh pucuk pimpinan parti.

Bahagian terlibat ialah Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Johor Bahru, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Seri Gading, Ledang dan Pulai.

Ketua Bahagian Pontian Datuk Isa Ab Hamid yang mewakili semua ketua bahagian berkenaan berkata peletakan jawatan mereka secara tidak langsung menyebabkan semua bahagian terbabit terbubar.

“Krisis kepimpinan yang berlarutan termasuk pemecatan pemimpin kanan dan Ahli Parlimen menyebabkan hala tuju parti semakin kabur serta kepercayaan ahli dan pengundi terhakis,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ketua bahagian Mersing dan Labis telah menghantar surat peletakan jawatan rasmi kepada Setiausaha Agung parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, manakala bahagian lain dijangka menyusul dalam masa terdekat.

Isa berkata ketidakupayaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menyatupadukan ketua bahagian dan akar umbi menjejaskan keyakinan mereka untuk terus memegang jawatan, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.

Sementara itu, bekas Ketua Bahagian Johor Bahru Datuk Zulkifli Bujang berkata kumpulan tersebut tidak akan bergerak secara individu dan sebarang keputusan selepas ini akan dibuat secara konsensus sekiranya menerima tawaran daripada parti lain.

Sebelum ini, Bersatu memecat 17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), antaranya empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), atas pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti. Mereka masih berhak mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.

Setakat ini, 22 bahagian Bersatu telah dibubarkan di seluruh negara susulan krisis kepimpinan parti itu.

 
97155606a00e8734e3c39c20700b53a7.jpg


Sebelas ketua bahagian Bersatu di Johor hari ini mengumumkan peletakan jawatan susulan krisis kepimpinan yang didakwa berlarutan dan gagal ditangani secara berhemah oleh pucuk pimpinan parti.

Bahagian terlibat ialah Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Johor Bahru, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Seri Gading, Ledang dan Pulai.

Ketua Bahagian Pontian Isa Ab Hamid yang mewakili semua ketua bahagian berkenaan berkata peletakan jawatan mereka secara tidak langsung menyebabkan semua bahagian terbabit terbubar.

“Krisis kepimpinan yang berlarutan termasuk pemecatan pemimpin kanan dan ahli parlimen menyebabkan hala tuju parti semakin kabur serta kepercayaan ahli dan pengundi terhakis,” katanya pada sidang media di Kluang, hari ini.

Dia berkata ketua bahagian Mersing dan Labis telah menghantar surat peletakan jawatan rasmi kepada Setiausaha Agung parti, Mohamed Azmin Ali, manakala bahagian lain dijangka menyusul dalam masa terdekat.

Isa berkata ketidakupayaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bersatu Johor Sahruddin Jamal menyatupadukan ketua bahagian dan akar umbi menjejaskan keyakinan mereka untuk terus memegang jawatan, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.

Sementara itu, bekas ketua Bersatu Johor Bahru Zulkifli Bujang berkata kumpulan tersebut tidak akan bergerak secara individu dan sebarang keputusan selepas ini akan dibuat secara konsensus sekiranya menerima tawaran daripada parti lain.

Sebelum ini, Bersatu memecat 17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), antaranya empat ahli parlimen dan dua Adun, atas pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti. Mereka masih berhak mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.

Setakat ini, 22 bahagian Bersatu telah dibubarkan di seluruh negara susulan krisis kepimpinan parti itu.

-Bernama

 
Nampaknya harapan PN utk tebuk atap berkecai sama sekali dgn krisis dengan parti Bersatu ni. Harapan untuk PN menang PRU akan datang pun nampaknya kelam juga.
 

[SINAR LIVE] Sidang media perletakan jawatan beberapa Ketua Bahagian Bersatu Johor​

[SINAR LIVE] Sidang media perletakan jawatan beberapa Ketua Bahagian Bersatu Johor di Simpang Renggam, Kluang pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

 
Back
Top
Log in Register