Value Investing/ The Ultimate Knowledge...
Kenalkah anda, Warrent Buffet?, manusia kedua terkaya didunia, yang juga digelar pelabur yang mengamalkan kaedah value investing.
Apakah Value Investing?
Jika diberi pilihan dua kaunter saham yang berharga RM5 dan RM25. Yang manakah mempunyai nilai yang lebih baik? Jawapan yang tepat bukan RM5 dan bukan juga RM25. Kerana anda tidak akan dapat membandingkannya. Anda hanya dapat mengatakan saham RM5 lebih rendah harganya. Masalahnya, harga rendah tidak bermakna ia lebih bernilai tinggi.
Jika saya pergi ke pasar membeli dua jenis barang. Sebiji bawang berharga RM5 dan 50 kilo gula berharga RM25. Anda pasti dapat membuat kesimpulan bahawa saya membayar harga yang mahal untuk sebiji bawang, tetapi memperolehi harga murah untuk gula.
Harga yang anda bayar untuk sesuatu barang (murah atau mahal) bergantung kepada nilai sebenar barangan tersebut. Isu ini menjadi inti utama dalam konsep value investing, iaitu, membeli saham sesuatu syarikat pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut.(Fahamkan ayat ini:"...membeli saham sesuatu syarikat pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut" )
tahukah anda bahwa pengetahuan value investing ini, juga sangat kerap digunakan dalam pasaran forex! malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa , ia adalah kunci untuk menjadi seorang profesional trader dalam forex/option/future...
cuba anda buka terminal dan zoom out sehingga terkecil, kemudian perhatikan baik-baik bahwa sangat kerap price membentuk huruf N atau M , bentuk ini juga digelar 'dip in price' (sila google) , setiap kali price membentuk bucu N yg bawah , ia sebenarnya sedang dinilai dibawah nilainya yg sebenar maka seketika kemudian ia PASTI akan naik membentuk tiang menegak 'N', ia adalah seolah olah suatu ritma yang pasti berulang!
gunakan pengetahuan ini untuk mengetahui samada pair akan turun atau naik,... selamat mencuba
p/s: saya tahu ramai trader yang mengetahui tentang 'dip in price', tapi saya yakin tak ramai yang tahu mengenai bahwa 'dip' adalah cabangan kepada value investing...heh

p/s: link kepada blog ok takde masalah, mungkin masalah browser u kot..