BTC USD 82,931.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1000pips sekali trade...

hidup papa bear..:)cgrock :D :D
long live papa bear..:)cgrock :D :D
give me some of your pips papa bear..:)paid :D :D

kekeke:)) :))
 
hidup papa bear..:)cgrock :D :D
long live papa bear..:)cgrock :D :D
give me some of your pips papa bear..:)paid :D :D

kekeke:)) :))

hehe..ni kan tread org lain...:p :p

lama tak nampak incik anoone..mana g? jauh nye bertapa...:D :))
 
Risk Aversion: egg basket

Satu cara yang selalu disebut ketika bercakap mengenai bagaimana mengelakkan daripada menghadapi banyak risiko dalam pelaburan ialah pempelbagaian.

Pempelbagaian bermakna "mengembangkan pelaburan kepada beberapa cabang", iaitu tidak meletakkan wang dalam satu pelaburan sahaja, sebaliknya menyertai beberapa pelaburan.

Samalah seperti tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul, kerana jika bakul terhempas jatuh, kemungkinan semua telur akan pecah. Begitu juga, jika anda melaburkan semua wang dalam saham satu syarikat, jika nilai saham itu menjunam jatuh, anda mungkin kehilangan wang yang dilaburkan.
Sesuatu portfolio pelaburan yang dipelbagaikan mempunyai beberapa cabang pelaburan. Setiap cabang boleh pula disamakan dengan satu kumpulan aset (seperti saham atau bon atau niaga hadapan). Langkah selanjutnya ialah mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset tersebut. Misalnya jika membeli saham belilah daripada berbagai-bagai sektor; atau jika membeli unit amanah, belilah lebih daripada satu jenis (umpamanya dana pendapatan, dana pertumbuhan, dana bon dan lain-lain).

Strategi yang baik ialah menggabungkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan yang berisiko rendah dan meletakkan pelaburan itu dalam setiap cabang pelaburan dan kumpulan aset. Mengapa buat demikian? Supaya anda mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya dalam sesuatu kelas aset dan di kalangan kumpulan sesuatu aset. Bayangkan bagaimana jika semua wang simpanan anda terikat dalam pasaran saham sedangkan anda dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai dengan cepat. Sudah tentu anda menghadapi masalah mudahtunai sekiranya pada waktu itu pasaran saham pula terus menjunam. Keadaan ini terjadi akibat tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset. Atau anda mungkin meletakkan semua wang dalam saham hartanah, kemudian mendapati perniagaan hartanah menjunam jatuh sedangkan saham sektor lain pula melonjak naik. Ini ialah contoh tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kelas aset.

Tetapi, melalui pempelbagaian, jika satu daripada aset anda menjunam teruk, anda mempunyai banyak pilihan lain sebagai sandaran. Jika anda membuat mempelbagaikan pelaburan secara bijak, kerugian yang ditanggung dalam sesuatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan lain yang berprestasi baik. Risiko pelaburan anda juga dapat dikurangkan manakala kadar purata pulangan dapat dimaksimumkan.

Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan. Memang betul tidak wajar jika anda melaburkan semua wang dalam satu tempat, tetapi melaburkannya dalam terlalu banyak instrumen kewangan juga tidak bijak kerana sukar untuk mengawasi semua pelaburan serentak. Lagipun, kalau mempelbagaikan pelaburan secara berlebihan, pelaburan anda akan membuat imbangan balas antara satu sama lain (mungkin pelaburan yang mengalami kerugian lebih banyak berbanding pelaburan yang untung dan keuntungan itu terpaksa digunakan untuk menutup kerugian) hingga menyebabkan akhirnya anda tidak mendapat apa-apa daripada pulangan pelaburan anda.

:)paid
 
The page cannot be displayed

Bro forexdansaham...

Ambo picit ur URL. X dapek lah.#:-S #:-S Ambo dpt msg spt di atas. Please check..
 
bro atlantis ma tu guna untuk swing ke.. kalau swing memang sedap la.. tak payah letak filter paper.. hit satu trade satu.. hit satu close satu bukak lagi satu.. itu mcm ka bro..
 
Risk Aversion: Broad Thinking

kadangkala saya agak hairan dengan sesetengah newbie yg hanya boleh memfokuskan kpd satu aspek tanpa melihat aspek lain.

saya beri satu contoh apabila saya mengajar tentang chart apa yg dilihatnya ialah candle open close, sedikit sebanyak pattern, doji etc. Dia tidak nampak mekanisme disebalik maklumat candlestick tersebut. Sebab itu ramai trader yg trade dibawah TF 1H kerana dia tidak nampak fungsi asal candlestick tersebut.

seorang 'mekanik' mesti tahu fungsi bahagian bahagian dalam sebuah kenderaan sebelum dia mampu membetulkannya. Anda teringin menjadi seorang trader tapi pada masa yang sama cuma nak tahu sikit sikit jer tentang trading, jadi anda umpama seorang 'driver' biasa yang tahu sikit sikit tentang kereta. Apakah anda harap dapat menewaskan seorang 'mekanik'?? dalam bidang membaiki kenderaan.

apabila anda membuat keputusan untuk menjadi seorang trader , tak bolehlah kata , eh 'saya nak belajar pattern ajer," atau "saya nak belajar fundamental ajer" ,anda sudah tahu forex adalah zero sum game , bermakna yang paling hebat skill akan memenangi DUIT mereka yang takda skill, tapi anda masih 'melayan' forex seperti equity investment??

:)cgrock
 
Value Investing/ The Ultimate Knowledge...

Kenalkah anda, Warrent Buffet?, manusia kedua terkaya didunia, yang juga digelar pelabur yang mengamalkan kaedah value investing.

Apakah Value Investing?
Jika diberi pilihan dua kaunter saham yang berharga RM5 dan RM25. Yang manakah mempunyai nilai yang lebih baik? Jawapan yang tepat bukan RM5 dan bukan juga RM25. Kerana anda tidak akan dapat membandingkannya. Anda hanya dapat mengatakan saham RM5 lebih rendah harganya. Masalahnya, harga rendah tidak bermakna ia lebih bernilai tinggi.

Jika saya pergi ke pasar membeli dua jenis barang. Sebiji bawang berharga RM5 dan 50 kilo gula berharga RM25. Anda pasti dapat membuat kesimpulan bahawa saya membayar harga yang mahal untuk sebiji bawang, tetapi memperolehi harga murah untuk gula.

Harga yang anda bayar untuk sesuatu barang (murah atau mahal) bergantung kepada nilai sebenar barangan tersebut. Isu ini menjadi inti utama dalam konsep value investing, iaitu, membeli saham sesuatu syarikat pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut.(Fahamkan ayat ini:"...membeli saham sesuatu syarikat pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut" )

tahukah anda bahwa pengetahuan value investing ini, juga sangat kerap digunakan dalam pasaran forex! malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa , ia adalah kunci untuk menjadi seorang profesional trader dalam forex/option/future...

cuba anda buka terminal dan zoom out sehingga terkecil, kemudian perhatikan baik-baik bahwa sangat kerap price membentuk huruf N atau M , bentuk ini juga digelar 'dip in price' (sila google) , setiap kali price membentuk bucu N yg bawah , ia sebenarnya sedang dinilai dibawah nilainya yg sebenar maka seketika kemudian ia PASTI akan naik membentuk tiang menegak 'N', ia adalah seolah olah suatu ritma yang pasti berulang!

gunakan pengetahuan ini untuk mengetahui samada pair akan turun atau naik,... selamat mencuba


p/s: saya tahu ramai trader yang mengetahui tentang 'dip in price', tapi saya yakin tak ramai yang tahu mengenai bahwa 'dip' adalah cabangan kepada value investing...heh

:)cgrock
p/s: link kepada blog ok takde masalah, mungkin masalah browser u kot..
 
Last edited:
hmm...

kepada semua pelajar yang ternanti nanti kemunculan saya, er tak perlulah menunggu,kalau ada masa saya akan menulis. saya lebih suka jika anda semua dapat menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu masing masing untuk kebaikan semua,

saya takde halangan jika anda ingin mengenengahkan teknik masing masing but make sure , u buat satu post untuk satu teknik(atau kemaskan ia) supaya tak selerak..

tentang gambar itu , ialah en.J dari johor, dia telah pun memberikan kerjasama untuk meletakkan gambar beliau dalam blog saya, dan mungkin kami aka bekerjasama dimasa depan,...partnership..hmm mungkin, siapa tahu.


George Soros: "you can go faster , by going slower" (saya selalu praktikkan style ini ketika trading)
 
kepada semua pelajar yang ternanti nanti kemunculan saya, er tak perlulah menunggu,kalau ada masa saya akan menulis. saya lebih suka jika anda semua dapat menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu masing masing untuk kebaikan semua,

saya takde halangan jika anda ingin mengenengahkan teknik masing masing but make sure , u buat satu post untuk satu teknik(atau kemaskan ia) supaya tak selerak..

tentang gambar itu , ialah en.J dari johor, dia telah pun memberikan kerjasama untuk meletakkan gambar beliau dalam blog saya, dan mungkin kami aka bekerjasama dimasa depan,...partnership..hmm mungkin, siapa tahu.


George Soros: "you can go faster , by going slower" (saya selalu praktikkan style ini ketika trading)

baguzla kalau camtu... saya pun dah discuss dengan en.J yang tuan maksudkan itu... sekarangni dah tiada masalah la atau salah faham la antara dua pihak.. saya sokong jika saudara dapat bekerja sama dengan en.J tu... beliau pun telah beritahu berhasrat untuk bekerjasama.. gud luck...:)cgrock :)cgrock
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12030
USD / JPY
158.285
GBP / USD
1.32415
USD / CHF
0.82966
USD / CAD
1.42645
EUR / JPY
177.327
AUD / USD
0.69840
Back
Top
Log in Register