BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

100 Kotak Minuman Keras Tidak Bercukai Dirampas, Dua Lelaki Ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

100 Kotak Minuman Keras Tidak Bercukai Dirampas, Dua Lelaki Ditahan​

50311f8589785c796a53beb6cdd916356a5701cd883c4

Kredit: PDRM

Sebanyak 100 kotak minuman keras disyaki tidak bercukai dirampas dan dua lelaki termasuk seorang warga India ditahan dalam serbuan Ops Taring Alpha 2 Intra/Inter di Jalan Berai, Klang, Selangor, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendan Amanjit Singh dalam kenyataan berkata kedua-dua suspek berumur lingkungan 40 tahun itu ditahan ketika sedang memindahkan kotak dari sebuah lori ke dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan dijalankan terhadap dua kenderaan tersebut telah menjumpai sejumlah kotak yang disyaki berisi minuman keras tidak bercukai kastam.

“Dalam serbuan pada 1 tengah hari itu, sejumlah 100 kotak minuman keras jenama Royal Dutch, sebuah lori, sebuah kereta dan satu unit telefon bimbit telah dirampas dengan hasil keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM409,818,” katanya.

Beliau berkata serbuan itu dijalankan hasil maklumat oleh sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 4 PGA Semenyih dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah dan Unit Rondaan Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Amanjit turut menyeru orang ramai supaya terus memberikan kerjasama kepada PDRM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register