BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

100 kapsul dalam perut

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
dadah01.jpg_1505159961.jpg

GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan kapsul yang mengandungi dadah di dalam perut suspek. Gambar kanan, antara kapsul mengandungi dadah yang ditelan suspek dalam cubaan untuk diseludup ke Thailand. FOTO Agensi

Bangkok: Cubaan lelaki Brazil menyeludup dadah dengan menelan 100 kapsul mengandungi heroin akhirnya terbongkar selepas ditangkap ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok.

Pegawai di Biro Pencegahan Narkotik, Sommai Kongwisaisuk berkata, Paulo Nascimento , 27, ditahan ketika mengambil bagasi di lapangan terbang berkenaan pada Rabu lalu.

“Ketika pemeriksaan kami tidak menemui sebarang objek mencurigakan pada bagasi dan badan suspek itu.

“Kami membawa Nascimento membuat imbasan X-ray dan menemui banyak kapsul dipercayai mengandungi dadah di dalam perut suspek,” katanya.

Menurutnya, Nascimento datang ke Bangkok dari Brazil melalui Addis Ababa dengan menaiki penerbangan Ethiopia Airlines.

Tangkapan itu dibuat susulan satu maklumat ada lelaki dari Brazil cuba membawa masuk dadah ke Thailand.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital di mana dia mengeluarkan 100 kapsul yang disahkan mengandungi dadah jenis heroin seberat 1.3 kilogram.

“Ketika disoal siasat, Nascimento memberitahu dia diarahkan menelan dadah berkenaan untuk diseludup masuk ke Thailand,” jelasnya.

Tambah Nascimento, selepas mengeluarkan semua kapsul dadah itu, dia diarahkan bertemu seorang lelaki di sebuah hotel di kawasan Sukhumvit.

“Nascimento yang bersetuju bekerjasama dengan polis kemudian dibebaskan dan bertemu dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Elsonias Da Silva.

“Lelaki berusia 35 tahun itu ditangkap ketika bertemu dengan Nascimento di hotel berkenaan pada Jumaat lalu,” jelasnya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/262527/100-kapsul-dalam-perut
 
mcm mna nk kluarkan balik kapsul tu.. berak?? muntah?? operate?
 
steady rot narkotik thailand...maklumat risikan tu yg mahal
 
semalam pun hasil maklumat risikan tangkap 6 okt...rampas ganja 2kg lebih di bandar baru bangi
 
Back
Top
Log in Register