BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

100 hari PM: Hadiah dari Najib

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat sempena 100 hari sebagai perdana menteri hari ini.

Perkara itu diumumkannya di majlis 100 Hari Najib Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan turut disiarkan secara langsung oleh RTM:

1.Pengguna kad prabayar, Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka layak menerima diskaun 20 peratus.

2. Kerajaan akan tawarkan 44,000 unit perumahan rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.

3. Penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan akan menikmati potongan sebanyak 50 peratus bagi pembaharuan lesen baru mereka berkuat kuasa serta-merta.

4. Kerajaan menambah 3,000 lagi permit teksi yang permohonannya diluluskan dalam masa tiga bulan akan datang.

5. Langkah-langkah drastik bagi mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah.

6. Permohonan pendaftaran kelahiran dipermudahkan di Sabah dan Sarawak.

7. Pembinaan jalan ditambah di Sabah dan Sarawak.

8. Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Kadar bayaran latihan menunggang motosikal bagi kelas B2 iaitu 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.

10. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta disediakan untuk usahawan muda kaum India

11. Tabung unit amanah baru dinamakan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan
 
Jambatan.... Teluk Melanau, Sarawak - Pekan, Pahang..... bila lagi?
 
Yang merah tu...kat utusan tak kata pun macam tu
 
untung pada org sabah ngan serawak..pastu ngan org dok kat wilayah jer la..
ingat ke ader naik gaji..#:-S
 
untung pada org sabah ngan serawak..pastu ngan org dok kat wilayah jer la..
ingat ke ader naik gaji..#:-S

Sebab undi dari sana yang selamatkan BN kot
 
Aku tak mengundi..... sewa Canopy untuk Hari mengundi jer....:eek:
 
untung pada org sabah ngan serawak..pastu ngan org dok kat wilayah jer la..
ingat ke ader naik gaji..#:-S

nak balas jasa ler tuh...arap 2 negeri ni je dorang x kantoi...

so 3 dr 11 khas utk org sabah swak jer...:D
 
nak balas jasa ler tuh...arap 2 negeri ni je dorang x kantoi...

so 3 dr 11 khas utk org sabah swak jer...:D

klau camtu..suruh dia jadi ketua menteri sabah ngan serawak jer la..:D
 
Back
Top
Log in Register