soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
1. Patch
- Tetapkan komputer anda untuk menerima update perisian dan sistem operasi secara automatik. Komputer yang tidak diupdate akan lebih senang dijangkiti virus dan dieskploitasi.
- Memasang perisian perlindungan seperti antivirus dalam komputer anda amat penting bagi memastikan komputer sentiasa dilindungi daripada virus, malware, worm, trojan dan sebagainya. Sebolehnya gunakan antivirus yang berlesen kerana ia memberi perlindungan yang lebih baik berbanding antivirus yang percuma.
- Pilih kata laluan yang kuat untuk komputer anda dengan menggabungkan nombor, huruf dan aksara khas. Anda juga dinasihatkan untuk selalu menukar kata laluan anda untuk mengelakkan komputer anda daripada senang diceroboh.
- Ingat, Sentiasa backup data atau fail-fail penting yang terdapat dalam komputer anda! Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes kecurian, kebakaran atau terpadam fail secara tidak sengaja berlaku, anda masih mempunyai salinan terhadap fail-fail tersebut. Lakukannya sekerap yang boleh.
- Pastikan anda log keluar daripada akaun sebelum meninggalkan komputer anda, walaupun untuk seketika.
- Sekiranya anda ingin memuat turun fail daripada Internet atau emel, pastikan sumber tersebut adalah sumber yang boleh dipercayai.
- Pastikan anda menggunakan rangkaian atau sambungan yang selamat ketika menggunakan Internet terutamanya ketika melakukan transaksi pembayaran atas talian atau online banking.
- Encrypt data-data penting anda untuk mengurangkan risiko kecurian identiti dan menghalang pihak luar daripada mengeskploit data anda.
- Gunakan firewall desktop untuk melindungi fail-fail dalam komputer anda daripada dicerobohi.
- Pastikan anda sentiasa peka dengan perkembangan terkini sistem operasi seperti Windows dan Unix. Anda boleh mendapatkan perkembangan tersebut dengan melayari laman web rasmi mereka.