BTC USD 81,707.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Perkara yang Boleh Dibeli Dengan Wang

bila tt nk ubah tajuk nie....apa2 yang boleh dibeli ng duet ada expiry date..selagi ada duet selagi tu leh byr extended warranty..bila duet dh kureng, expiry date dh dekat..kena back to root la....huhuhu
 
satu lagi tak boleh beli dgn wang iaitu nyawa
 
duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, rupanya masih ada benda penting yang boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi.

Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada , sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.

Begitu juga dengan tanggungjawab kepada Allah,

jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita.

Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur dalam bilik yang mewah kerana memikir hartanya.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit.

Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan.

Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orang tuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama.

Ramai pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan, insuran dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang.

Itu sebabnya kata pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian.

Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

sesetengah nye orang miskin lagi over biadap
 
hanya org yg prnh rasa kesempitan dan kesusahan yg tahu nikmatnya hidup ada duit.


aku mnyampah statemnt org kaya tdk tenang tidur tdk bhgia takut kena curi dn sbginya.
org kaya boleh pilih hidup sderhana atau fleksible mbuat pilihan.tetapi org miskin sukar utk memililh hidup dr miskin ke kaya amat sukar dilkukan.

kalo saper kaya xtau nak buat apa duit dan xbahagia ada duit boleh tolong donate kat aku.
 
mana

mana dia org kaya yg xbahagia ni???????
bohong saja, kalo betoi xbahgia musti dh donate kat aku.
meh sini donate kat aku.xcaya aku org kaya xbahagia.donate dulu kat aku baru aku percaya statement org kaya xbahagia.

nanti aku tolong hantar pi syurga. ha.ha.ha..ha.ha.ha.ha.:eek:
 
Back
Top
Log in Register