BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 % daripada 10 bilion unit ASB2 dilanggan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
SEPULUH peratus daripada 10 bilion unit saiz dana Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang diurus Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah dilanggan sehingga 15 Ogos lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata RM1.07 bilion unit kini dilanggan oleh 53,345 pelabur, sejak pelancaran peringkat kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April lepas.

"Ini menggambarkan satu kesedaran baharu ...sebelum ini, untuk habiskan RM1 bilion memakan masa bertahun, namun sekarang ini dalam tempoh tiga bulan lebih sahaja kita telah melepasi RM1 bilion.

"Kita harap masyarakat mengambil kesempatan untuk melanggan ASB2 kerana besar kemungkinan tiada lagi produk harga tetap yang kita akan lancarkan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ASB2 peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Hamad Kama Piah berkata jumlah keseluruhan pelaburan terkumpul PNB setakat 31 Julai ini mencecah hampir 187.46 bilion, dengan seramai 12.02 juta pemegang unit.

Katanya menerusi kepakaran dan kemahiran pengurus-pengurus dana ASNB dan kecemerlangan syarikat-syarikat pelaburan, PNB berjaya mengagihkan dividen RM116.69 bilion sejak pelancaran unit sulung ASNB pada 1981 hingga hari ini.

Hamad Kama berkata di Perak, PNB menggembleng lebih 12.62 bilion unit atau mewakili lebih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan dana pelaburan oleh ASB yang membabitkan 990,153pemegang unit.

"Perak menduduki ranking keenam dari segi jumlah pelaburan dan pemegang unit mengikut negeri," katanya.

Sementara itu, beliau berkata PNB menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak berumur lebih enam bulan supaya menabung dalam ASB2, sekurang-kurangnya jumlah minimum RM10.

Beliau berkata PNB mengambil pendekatan mengadakan seminar 360 hari setahun kepada pelabur supaya mereka terdedah dengan konsep pelaburan, pulangan yang diperoleh serta kelebihan jangka masa panjang.

"PNB merupakan institusi pertama yang mengadakan seminar setiap hari. Kita mahu beri pendedahan kepada pelabur agar mereka lebih faham dan membuat keputusan bijak," katanya. - Bernama
 
Belum ada track record lagi, orang masih was-was. Kalau boleh bagi dividen macam ASB tahun mendatang pasti ramai yang akan beli.
 
Belum ada track record lagi, orang masih was-was. Kalau boleh bagi dividen macam ASB tahun mendatang pasti ramai yang akan beli.

Aku target paling busuk pon dividen lebih sikit dari AS1M
Sebab secare logik hanye org yg dah penuh ASB je akan join ASB2
So dividen mesti la lebih dari AS1M
Kalau same dgn AS1M better tak yah diwujudkan ASB2
Menurut officer PNB, mungkin dividen boleh same dengan ASB cume tak ade bonus
So nilainye diantare ASB dan AS1M

Halal ke haram ni?

Fatwa kebangsaan masih lagi harus
Jadi tepuk dade tanye selere
Kalau was2 jauhkan
Dan kalau yakin teruskan
Isu haram halal dah banyak kali didebatkan di CG
Cari la thread pasal tu
 
Back
Top
Log in Register