itu namanya THIN CLIENT...
Konsep ni bukan baru...
zaman dulu, kat universiti-universiti, zaman sebelum adanya komputer peribadi, universiti sediakan mainframe untuk kegunaan warganya.
Satu mainframe kongsi seberapa ramai yang nak guna.
Mainframe cuma satu. Thin Client banyak... semua kiraan berlaku dalam mainframe.
Sebab tu UNIX terkenal dan hidup... dan sebab itu juga UNIX dan segala yang macam UNIX (Linux, FreeBSD) berorientasikan network. Sebab mereka bergantung kepada sistem rangkaian. Thin Client di makmal kimia misalnya, tapi mainframe di bangunan makmal komputer. Mainframe mahal dan besar bagak waktu tu.