BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Yusoff ada ADHD, setiap hari benjol di kepala’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
yusoff-shahida.jpeg

SHAHIDA berkata anak keempatnya, Yusoff tidak mempunyai perasaan takut dan sangat lasak berbanding adik-beradik lelakinya yang lain.

‘Yusoff ada ADHD, setiap hari benjol di kepala’ PETALING JAYA – Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi ada masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Menurut Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, Yusoff kanak-kanak yang tidak mempunyai perasaan takut selain gemar melakukan perkara di luar jangkaan.

“Anak saya Yusoff pun ada ADHD, saya ramai anak lelaki dan semua lasak.

“Tapi Yusoff lasaknya lain macam, dia tak ada rasa takut, tidak suka ditekan-tekan dan suka buat benda yang kita tak jangka.

“Masa umur satu atau dua tahun, hari-hari dia ada benjol di kepala,” katanya dalam Threads.

Pendedahan tersebut dilakukan selepas seorang netizen mempersoalkan ciri-ciri anak yang ada masalah ADHD dan bekas anggota kumpulan Solehah itu secara langsung berkongsi pengalamannya sendiri.

Terdahulu, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. – KOSMO! ONLINE
==============================
Eh, anak lasak ni selalunya sibuk sikit la. Tapi maknye Shahida ni pun steady je canang kisah dia kat media. Kat IG posing happy2 tapi masih sempat melayan Yusoff punya cabaran harian ni eh? Malas2 lah nak komen lebih.

 
Back
Top
Log in Register