BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tiga tahun saya yatim piatu, rindu yang tiada penghujung’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
InShot_20260320_121425124-scaled.jpg


‘Tiga tahun saya yatim piatu, rindu yang tiada penghujung’" PETALING JAYA – Syahdu menjelang 1 Syawal, pelakon Liyana Jasmay mengakui menanggung kerinduan mendalam terhadap ibu bapanya yang lebih dulu menyahut panggilan Ilahi.

Begitupun, Liyana, 37, berkata, tiga tahun tanpa insan tersayang namun tidak terasa masa berlalu seolah-olah kedua-dua orang tuanya sentiasa berada di sisi.

“Tiga tahun beraya sebagai yatim piatu. Kadang-kadang terasa seperti tidak nyata kerana selalu merasakan mereka masih ada.

“Kasih sayang tidak pernah terputus, cuma realitinya berbeza. Al-Fatihah buat mama dan babah. Rindu kalian tanpa penghujung,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Pada masa sama, pemilik syarikat produksi Mermaid Studios Sdn. Bhd. itu menitipkan pesanan kepada netizen agar menghargai ibu bapa ketika mereka di sisi.

“Kepada yang masih mempunyai ibu bapa, kalian sangat bertuah. Semoga kedua-dua ibu bapa kalian dipanjangkan umur dan hargailah mereka tanpa batasan,” ujarnya.

Hantaran tersebut meraih reaksi ramai yang rata-ratanya menyuntik semangat kepadanya seisi keluarga selain mendoakan roh insan kesayangan ditempatkan di Jannah.

“Semoga terus kuat. Saya akan sentiasa kenang ibu awak yang baik hati dan manis,” kata seorang pemilik akaun Threads.

Terdahulu, bapanya, Datuk Jasmay Md. Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Disember 2021, manakala ibunya, Datin Habsah Simpon menyusul pada Mei 2023 disebabkan kanser limfoma.

Liyana merupakan anak bongsu daripada empat bersaudara. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaaa, si Liyana ni pandai betul buat hati touching2. Tadi stalk IG dia, ada post throwback gambar family lama. Kengkadang nampak kan dia gelak2 happy tapi dalam hati sape tau, kan. Kuat semangat! 💔

 
Back
Top
Log in Register