BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Terima kasih menerima lelaki yang gagal’ – Datuk Red menikah lagi

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Terima kasih menerima lelaki yang gagal’ – Datuk Red menikah lagi​

RED-NIKAH.jpg


‘Terima kasih menerima lelaki yang gagal’ – Datuk Red menikah lagi PETALING JAYA – Usahawan yang juga bekas suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red kembali bergelar suami selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita dalam sebuah majlis tertutup dipercayai di ibu negara hari ini.

Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan dilihat memakai busana lengkap berwarna putih warna senada dengan isterinya.

Dalam sebuah hantaran TikTok, Red memuat naik video romantis berpegangan tangan dengan Rohanita, 35, yang sudah secara rasmi menjadi isterinya.

Red juga berkata, dipertemukan dengan Rohanita yang memahami dan menerima segala kekurangannya.

“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku.

“Tapi dia memilih untuk tidak pergi.

“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala- galanya. Sayang Rohanita hingga akhir hayatku,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Sementara ruangan komen hantaran sama turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada orang ramai yang mendoakan perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semoga kekal hingga ke syurga.

“Kami tumpang gembira, semoga berkekalan!” komen netizen.

Terdahulu, Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.

Tidak lama kemudian, Red bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.

Sebelum itu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan dengan Adira, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi Datuk Red ni suka2 je nikah lagi. 🤦‍♀️ Eh, semalam tengok IG dia, kapsyen boleh tahan jiwang, kena baca dua kali baru paham! Kekal ke tak kali ni, kita tunggu je la. 😅

 
14264492803381141-408617.jpg

14264492803381141-408618.jpg

14264492803381141-408619.jpg


#MHBelanjaGambar Kalau sudah jodoh… Tahniah & Alhamdulillah 🌹Usahawan sensasi Datuk Red, 48, kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Rohanita, 35, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung hari ini 💍

Berita gembira itu dikongsikan Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu, menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya, pagi tadi✨

Menerusi siaran langsung tersebut, Datuk Red dan Rohanita dilihat masing-masing mengenakan persalinan sedondon berwarna putih🤍

Buat Datuk Red dan isteri, selamat melayari alam perkahwinan. Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang luas, hati yang sentiasa saling memahami dan cinta yang semakin mekar dari hari ke hari. Amin 🌹✨

Sumber Media Hiburan
 
Back
Top
Log in Register