kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
SHILA bahagia dengan kehidupannya sekarang selain menyifatkan tahun 2016 ada fasa hidup yang derita.
‘Tak mahu patah balik ke tahun 2016, saya gembira sekarang’" PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menyifatkan tahun 2016 adalah tempoh yang sengsara buat dirinya termasuk fasa menetap di negara lain iaitu di Hong Kong.
Menurut Shila, 36, dia juga tidak akan sesekali kembali ke tahun tersebut sekiranya diberikan peluang namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai kesengsaraan yang dilalui.
“Sejujurnya saya tak mahu kembali ke tahun 2016.
“Saya menetap di Hong Kong, menyedihkan,” katanya dalam platform Threads.
Ujarnya lagi, kehidupannya kini semakin baik selain gembira dengan setiap perkara dilakukan hari ini.
“10 tahun kemudian adalah satu rahmat, saya sihat secara mental dan fizikal.
“Saya gembira dengan di mana saya berada sekarang.
“Namun kalau ada satu perkara nak beritahu diri sendiri pada tahun 2016, ‘saya terharu awak sangat kuat bertahan untuk semuanya'” katanya lagi.
Difahamkan, pada tahun 2016, Shila aktif mencipta nama di China termasuk Hong Kong sehingga berjaya meriah populariti luar biasa di sana.
Dia berkata demikian selepas tular trend dalam media sosial apabila orang ramai mengimbau kehidupan masing-masing pada tahun 2016 iaitu 10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Shila sekarang kan aktif kat IG, banyak post happy2. Tapi bila cite zaman susah dulu, mesti dalam hati malas2 nak ingat balik. Tu la, jalan je depan Shila!
'Tak mahu patah balik ke tahun 2016, saya gembira sekarang'
PETALING JAYA - Penyanyi Shila Amzah menyifatkan tahun 2016 adalah tempoh yang sengsara buat dirinya termasuk fasa menetap di negara lain iaitu di Hong Kong.Menurut Shila, 36, dia juga tidak akan sesekali kembali ke tahun tersebut sekiranya diberikan peluang namun tidak menyatakan secara...
www.kosmo.com.my