BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Sejak awal kahwin, mereka kata macam ada ‘baby bump’ – Amira Othman

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
245a37ad-aa1b-4a3c-b19d-85ece69f814f.jpeg


‘Sejak awal kahwin, mereka kata macam ada ‘baby bump’ – Amira Othman" KUALA LUMPUR – Penyanyi Amira Othman menafikan dakwaan kononnya babak memaparkan dirinya hamil dalam video muzik (MV) lagu Bincang Raya merupakan petunjuk bahawa dia kini berbadan dua.

Menurut Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, babak tersebut sekadar elemen jalan cerita yang dirancang bagi menambah kejutan dalam MV lagu berkenaan.

Kata Amira, sejak awal perkahwinannya lagi dia sering menerima komen daripada orang ramai yang mendakwa kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

“Babak tu tak ada kena-mengena (hamil). Saya pun tanya suami ( Fattah Amin) kenapa buat begitu. Kami cuma nak buat babak ‘plot twist’ sikit. Tak ada bagi ‘hint’ apa-apa pun.

“Daripada awal lagi saya kahwin memang orang cakap nampak ‘baby bump’. Kalau memang benar kami akan kongsikan,” katanya ketika ditemui pada sidang media lagu Bincang Raya, di sini, hari ini.

Tambah Amira, sekiranya ada berita gembira tentang kehamilannya, dia dan suami, tidak akan teragak-agak untuk berkongsi dengan peminat.

“Insya-Allah kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan. Setiap kali kita nak kongsi apa-apa sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat-nasihat orang-orang alim ulama.

“Lagi pun bukan kita nak sembunyikan apa-apa cuma bergantung kepada keadaan lah,” ujarnya.

Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

==============================

Ala Fattah ni dah berapa kali buat benda2 camni, memang suka bagi kejutan tapi ape kes tak clearkan dari awal? Kadang2 macam malas nak layan gosip2 tapi cmni laa cerita artis kan, kena redho je! 🤭

 
Back
Top
Log in Register