BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Penyatuan semula’ PH-Bersatu di Selangor soal kelangsungan, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

‘Penyatuan semula’ PH-Bersatu di Selangor soal kelangsungan, kata penganalisis​

efde6452-a034-4e8d-974f-be565f326678-PH-PN-BERSATU-FLAG-PRN-N9-290720226-Rabbani-8.jpg

Penganalisis kata Bersatu dan PH menyedari keterbatasan masing-masing selepas meneliti keputusan PRN baru-baru ini.

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata PH dan Bersatu mengalami kekalahan besar pada PRN Johor dan Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih lebih banyak undi Melayu.

Beliau juga berkata PH berdepan defisit kepercayaan dalam kalangan pengundi Melayu, manakala Bersatu terjejas akibat keretakan hubungan dengan PAS dalam PN.

“Keperluan PH dan Bersatu ini berpotensi bertemu pada satu titik kepentingan yang sama. Justeru, saya tidak melihatnya semata-mata sebagai tindakan terdesak PH untuk mempertahankan Selangor pada apa juga harga.

“Lebih tepat, ia merupakan proses ‘strategic recalibration’ selepas kedua-dua parti membaca keputusan pilihan raya mutakhir dan menyedari keterbatasan masing-masing. Dalam politik, apabila formula lama tidak lagi menghasilkan kemenangan, parti akan mencari formula baharu,” katanya kepada FMT.

Pada 10 Ogos, Menteri Besar Amirudin Shari berkata PH tidak menutup pintu kepada kerjasama dengan PN atau Bersatu, dan mana-mana rakan kerjasama mesti mempertahankan kestabilan politik dan kepentingan rakyat.

Kenyataan itu mendorong Timbalan Setiausaha Agung DAP Ramkarpal Singh mempersoalkan sama ada perkara tersebut telah dibincangkan atau diputuskan oleh majlis presiden PH. Beliau turut berkata DAP tidak pernah membincangkan pakatan sedemikian.

Bersatu merupakan komponen PH dari 2016 hingga 2020, sebelum parti itu membantu merancang Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pada Februari 2020.

Ditanya sama ada PH berisiko dilibas kerana bekerjasama dengan salah satu parti yang terlibat dengan Langkah Sheraton, Hisommudin berkata perkembangan mutakhir menunjukkan bahawa pihak yang pernah menjadi seteru politik akhirnya boleh bekerjasama.

Beliau berkata pengundi semakin menyedari bahawa penjajaran politik tidak bersifat kekal, dan risiko sebenar kepada PH bukanlah kerjasama dengan Bersatu, sebaliknya kegagalan menjelaskan mengapa kerjasama itu perlu.

Hisommudin berkata PH dan Bersatu akan menghadapi kesukaran meraih sokongan akar umbi terhadap kerjasama, namun perkara itu bukanlah halangan yang tidak dapat diatasi.

“Sekiranya PH dan Bersatu dapat membina justifikasi bahawa kerjasama tersebut diperlukan untuk menghasilkan kerajaan yang stabil, mengelakkan perpecahan undi dan menawarkan pilihan politik yang lebih kompetitif, penerimaan boleh terbentuk secara beransur-ansur,” katanya.

Menyelaraskan naratif yang bertentangan

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting lebih skeptikal, mengatakan gandingan PH-Bersatu akan memaksa pengundi menyelaraskan dua naratif politik yang bertentangan.

“Legitimasi politik PH sebahagiannya berasaskan janji reformasi dan penolakan terhadap percaturan politik. Bersatu pula selepas Langkah Sheraton membentuk sebahagian besar identitinya atas penentangan terhadap PH.

“Bagaimana mereka boleh menjelaskan musuh politik semalam tiba-tiba menjadi rakan strategik hari ini? Lebih penting, apa akan berlaku kepada pengundi yang menyokong PH kerana mereka menolak PN?” soalnya.

Zaharuddin berkata persoalan kini timbul sama ada PH cukup bimbang kehilangan Selangor sehingga sanggup menerima Bersatu.

“Jika PH benar-benar percaya Bersatu adalah penyelamat strategik di Selangor, tidakkah hal itu menimbulkan persoalan tentang tahap keyakinan PH terhadap jentera politiknya? Selangor tidak seharusnya menjadi medan uji kaji demi kepentingan politik.”

“Bahaya terbesar kepada PH mungkin bukan kehilangan Selangor. Sebaliknya, ia mungkin memenangi Selangor tetapi memusnahkan sebab-sebab yang pernah membuatkan pengundi mempercayainya,” katanya.
 
Dah macam team double badminton Malaysia.
Gandingan lama berpecah buat gandingan baru.
Kalau results tak ok, pecah lagi dan buat lagi gandingan baru.
 
Last edited:
Bersatu takde kekuatan sendiri. Bertanding solo pun semua hilang deposit. Sblm ni bergantung kpd pengundi PAS, skang nak menagih undi pengundi DAP pulak. Tu pun kalau PH bagi kerusi utk bertanding :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register