kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
JANNA Nick kini seperti hilang hilang dari radar dunia lakonan kerana fokus mahu memiliki cahaya mata.
‘Orang tengok Janna Nick macam dah tak ada’ PETALING JAYA – Kurang aktif dalam dunia lakonan, pelakon Janna Nick mengakui kini memberikan tumpuan untuk mendapatkan zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann.
Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 30, juga menjelaskan situasi tersebut mungkin sudah disedari ramai dan dia sendiri tidak putus harapan untuk memiliki zuriat suatu hari nanti dengan izin Tuhan.
“Sekarang ini kalau orang tengok Janna Nick macam dah tak ada.
“Tak ada, saya memang kalau boleh fokus saya bukan lagi dalam industri hiburan.
“Fokus saya memang untuk dapatkan zuriat. Kalau ada, insya-Allah,” katanya dalam sebuah rancangan televisyen.
Pada masa sama, pelakon filem Pasal Kau! itu secara terbuka berkongsi proses mencuba untuk hamil (TTC) untuk mengelak dari terasa hati dengan soalan-soalan berkaitan zuriat.
“Saya memang aktif beritahu kepada orang, saya tengah TTC supaya orang elak untuk bertanya sebab saya tengah cuba.
“Bila kita tidak beritahu, orang bertanya, kita akan terasa.
“Kita kena beritahu ‘Saya tengah cuba mak cik, sabar’,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Janna pernah menangis tanpa pengetahuan suami hanya disebabkan datang bulan.
Dia juga pernah menangis teresak-esak meminta agar berhenti bertanyakan soal anak selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.
Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.
Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharap segera dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai Janna, rilek je. Mungkin rezeki zuriat belum ada lagi, sabar2 je la. Banyakkan doa, mana tau lepas ni terus mengandung kembar ke kan. Dekat IG tu pun ramai je bagi semangat, lain kali story la pasal hobi ke, masak2 ke. Happykan diri tu beb.
'Orang tengok Janna Nick macam dah tak ada'
PETALING JAYA - Kurang aktif dalam dunia lakonan, pelakon Janna Nick mengakui kini memberikan tumpuan untuk mendapatkan zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann.
www.kosmo.com.my