kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
‘Hilang sinar, saya dah tak kelakar macam dulu’
LEONA merasakan dirinya kini kurang menghasilkan konten dalam media sosial.
‘Hilang sinar, saya dah tak kelakar macam dulu’" PETALING JAYA – “Saya tak tahu ke mana hilangnya sinar dalam diri saya.”
Demikian luahan pempengaruh Kasih Iris Leona meluahkan rasa asing dengan perubahan diri serta perjalanan kehidupan yang dialaminya ketika ini.
Leona, 24, menyedari dirinya kini semakin kurang aktif dan jarang memuat naik kandungan dalam media sosial seperti sebelum ini.
“Saya dah tak kelakar macam dulu dan tak lagi memuat naik sebarang hantaran dalam media sosial.
“Saya ibarat kelibat yang tidak kelihatan di sini,” katanya dalam TikTok.
Dalam masa sama, anak kepala pelakon Azhar Sulaiman itu beranggapan perubahan tersebut kemungkinan berlaku berikutan faktor usia yang semakin matang.
“Saya tidak tahu siapa diri saya yang sebenarnya atau mungkin saya cuma sudah semakin dewasa,” ujarnya.
Sebelum ini, Leona sering mencuri tumpuan menerusi perkongsian harian berunsur humor, celoteh bersahaja serta gaya hidupnya yang sentiasa mencuit hati para pengikut dan peminatnya dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Leona, rileks la… kadang2 kita semua rasa lost jugak. Ageing ni kan proses biasa, takyah la stress sgt. Truskan je hidup, mana tau nnt dpt balik aura kelakar ko tu.
'Hilang sinar, saya dah tak kelakar macam dulu'
PETALING JAYA - "Saya tak tahu ke mana hilangnya sinar dalam diri saya."Demikian luahan pempengaruh Kasih Iris Leona meluahkan rasa asing dengan perubahan diri serta perjalanan kehidupan yang dialaminya ketika ini.
www.kosmo.com.my