BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahakan solat di mana-mana – Janna Nick

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Usahakan solat di mana-mana – Janna Nick​

janna-nick.jpeg

PERKONGSIAN Janna mengenai usahanya mengerjakan solat lima waktu ketika menjelajah di luar negara meraih pujian orang ramai.

"Usahakan solat di mana-mana – Janna Nick" PETALING JAYA – Meskipun sibuk mengembara dan menjelajah ke pelbagai pelosok destinasi percutian antarabangsa, pelakon Janna Nick tidak pernah menjadikan persekitaran sebagai kekangan melaksanakan solat lima waktu.

Menerusi perkongsian terbaharunya, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 31, itu mengajak orang ramai berkongsi pengalaman melaksanakan ibadah itu ketika berada di luar negara.

“Sedang usahakan solat di mana-mana kita berada walaupun di negara yang bukan ‘muslim friendly’ (mesra Muslim).

“Kalau kalian ada pengalaman solat macam ini kongsilah cara yang terbaik, jadi saya boleh perbaiki lagi,” katanya dalam Threads.

Berkongsi lanjut, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu memberitahu bahawa kelengkapan ringkas sudah memadai untuk memudahkan urusannya mengerjakan solat.

“Saya hanya berbekalkan satu telekung ‘travel’ dan botol semburan kecil.

“Harap tidur malam pengasas telekung ini akan selalu lena dan diulit mimpi indah sebab memudahkan hidup penjelajah macam saya,” ujarnya.

Perkongsian positif pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu dihujani pujian ramai netizen yang turut berkongsi pelbagai petua dan pengalaman peribadi mendirikan solat ketika berada di luar negara.

“Subhana-Allah, siapa pun kita, solat paling utama. Ingatan terbaik,” kata pendakwah selebriti PU Amin.

“Masa jelajah ke Eropah, kadang-kadang memang tak ada tempat langsung. Saya sembahyang duduk, sama ada di atas kerusi di taman-taman atau kereta sewa parkir ikut arah kiblat,” ujar pengikut.

“Untuk info, pakaian yang kita pakai yang bersih dan menutup aurat pun boleh guna untuk solat kalau tiada telekung. Cuma pastikan longgar dan menutup aurat solat wanita terutamanya bahagian kepala, muka, pergelangan tangan dan kaki,” kata peminat. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala sis Janna, jeles la plak tengok travel sana sini masih sempat solat. Suka2 je dia kongsi tips ala-ala world traveler gitu. Boleh la try mana yang sempat, selit sikit jela niat solat while shopping ke apa. 🙄

 
Back
Top
Log in Register