kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
AKHIRNYA impian Ikmal untuk bergandingan dengan Amyra jadi kenyataan menerusi drama Khianat Yang Terpilih.
"‘Minat Amyra Rosli, sekarang dia panggil saya abang’" PETALING JAYA – Bermula dengan angan-angan, pelakon Ikmal Amry teruja dapat bergandingan dengan aktres Amyra Rosli dalam drama Khianat Yang Terpilih.
Mengimbau kembali, Ikmal atau nama lengkapnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 32, mendedahkan pernah berusaha mencari cara untuk bertemu empat mata dengan Amyra.
“Dulu saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosli. Gigih cari tiket Anugerah Bintang Popular (ABP) hanya nak jumpa depan-depan.
“Melangkah ke hadapan, awal-awal jadi pelakon dah ‘manifest’ (bermanifestasi) nak berlakon dengan dia, tapi siapalah saya ketika itu,” katanya dalam Threads.
Pada masa sama, pelakon drama Gantung The Series itu menyifatkan perjalanan kerjayanya sebagai satu aturan indah daripada Yang Maha Esa.
“Namun, Allah perancang terbaik, sekarang dia pula kena panggil saya abang (dalam drama),” selorohnya.
Selain gandingan Ikmal dan Amyra, drama Khianat Yang Terpilih turut membariskan pelakon hebat lain antaranya Ben Amir dan Puteri Aishah.
Naskhah terbitan TV3 itu melabuhkan tirainya semalam, sekali gus meninggalkan kesan mendalam buat penonton setia. – KOSMO! ONLINE
==============================
Best ke jadi Ikmal ni, dulu gurau2 sekarang acting sama Amyra! Tapi kan, bila tengok dia lately suka post gambar2 pelik, kena chill sikit la, kengkadang over sangat.
'Minat Amyra Rosli, sekarang dia panggil saya abang'
PETALING JAYA - Bermula dengan angan-angan, pelakon Ikmal Amry teruja dapat bergandingan dengan aktres Amyra Rosli dalam drama Khianat Yang Terpilih.Mengimbau kembali, Ikmal atau nama lengkapnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 32, mendedahkan pernah berusaha mencari cara untuk bertemu empat mata...
www.kosmo.com.my