BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Jahat tapi kelakar’ sakit perut layan Azhan Rani

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Jahat tapi kelakar’ sakit perut layan Azhan Rani​

AZHAN-RANI.jpg

LAKONAN Azhan Rani sebagai suami panas bernama Jamali dalam naskhah Bulan Henti Bicara kini semakin menarik perhatian khalayak.

"‘Jahat tapi kelakar’ sakit perut layan Azhan Rani" KALAU sudah namanya aktor versatil, berilah watak apa pun kepada Azhan Rani, pasti menjadi.

Itu antara topik yang menjadi bualan hangat sejak drama Bulan Henti Bicara lakonannya bersama Ezzanie Jasny dan Azar Azmi ditayangkan menerusi slot Megadrama Astro bermula 27 Julai lalu.

Meski memegang watak antagonis bernama Jamali yang menganiaya dua isterinya (Ezzanie dan Azar), lakonan Azhan berjaya menarik orang ramai melekat di hadapan televisyen.

Antara babak tular, dia menyanyikan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu nyanyian asal kumpulan Ukay dan beberapa dialog melucukan.

Rata-rata terhibur dengan lakonan dan skrip Azhan sebagai lelaki jahat yang menghiburkan.

“Ingatkan akan benci atau menyampah, tapi jadi terhibur pula dengan perangai Jamali.

“Jahat tapi kelakar. Tengok drama ini sebab Azhan, sakit perut gelak,” kata netizen.
==============================
Haha Azhan ni selalu buat kacau tapi tetap lucu giler! IG dia asyik update activity outdoor, mcm xpenat ke dia ni layan fans? Suka2 betul lakonan dia, nak tonton lg drama ni! 👏

 
Back
Top
Log in Register