BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Itu nafkah untuk anak, bukan bekas isteri’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

‘Itu nafkah untuk anak, bukan bekas isteri’​

geli-nafkah.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan wanita itu mengoyak wang kertas yang diberikan oleh bekas suaminya. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima kecaman ramai pengguna media sosial selepas menyiarkan videonya mengoyak wang yang diberikan oleh bekas suami kerana terlalu sedikit, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita terbabit mengoyakkan beberapa keping wang kertas.

Wang tersebut bernominasi 50,000 rupiah (RM11) dan 10,000 rupiah (RM2) yang berjumlah 110,000 rupiah (RM25).

Susulan video itu, bekas suaminya berkata: “Kita sudah berpisah tetapi tidak sewajarnya seorang ibu mengoyak wang yang saya berikan untuk anak. Walaupun jumlahnya sedikit tetapi seeloknya menghargai.”

Rakaman itu mencatatkan lebih 77,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau tidak mahu, seeloknya bagi kat saya,” kata seorang netizen.

“Itu nafkah untuk anak, bukan bekas isteri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register