BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Ini ke cara tegur?’ – Shiha Zikir bengang dikecam pakai tudung

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-08-21-at-09.39.26.jpeg

Shiha Zikir kesal dikecam hanya kerana berpenampilan Muslimah.

‘Ini ke cara tegur?’ – Shiha Zikir bengang dikecam pakai tudung PETALING JAYA – Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kesal selepas menerima komen biadab daripada seorang netizen gara-gara sekeping foto bertudung yang dimuat naiknya dalam akaun Threads, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 37, berkongsi beberapa keping gambar dirinya berjubah hitam, lengkap berhijab dan tersenyum ketika mengikuti kelas mengaji.

“Ilmu tidak mengenal usia. Jangan pernah berhenti belajar,” tulisnya ringkas.

Ramai yang memuji usaha penyanyi itu ke arah kebaikan, namun salah seorang netizen tampil meninggalkan komen pedas dan menyifatkannya sebagai bengap.

“Boleh tahan bengap awak ni. Gambar profil tak tutup aurat, gambar dalam posting pula bertudung,” komen individu terbabit.

Enggan membiarkan diri terus dihina, pelantun Renjana itu segera membalas komen berkenaan sekali gus menegaskan bahawa teguran sedemikian boleh dibuat tetapi haruslah beradab.

“Dah muncul dah geng macam ni dekat Threads.

“Boleh nak menegur, tapi ini ke caranya? Harap jangan terasa pula kalau orang lain membalas awak dengan perkataan yang sama,” katanya.

Tambah pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu, dia tidak pernah menolak teguran namun cara menyampaikan pandangan seharusnya berlandaskan adab dan bahasa yang baik.

“Saya tidak cakap langsung yang orang tak boleh menegur. Tapi saya tegur tentang adab dan bahasa kasar yang digunakan.

“Harap jelas dan faham. Doakan sahaja yang baik-baik untuk semua orang,” ujarnya.

Perkongsian itu menerima sokongan padu daripada pemuja bakatnya yang rata-rata memuji pendirian tegas Shiha dalam menjaga maruah selain berani membalas sindiran dengan penuh berhemah. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi Shiha, malas2 nak layan netizen suka2 komen je.. Kesian dia kena hadap mcm ni sbb bertudung. Tengok IG dia, loving life je, mana ada time nak layan toxic komen. 😅

 
Back
Top
Log in Register