BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Elakkan DM atau PM artis, influencer, ustaz lelaki’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
ADAM-CORRIE.jpg

PELAKON Adam Corrie berkongsi pesanan buat golongan wanita agar tidak memilih individu popular lelaki, baik artis, pempengaruh mahupun para ustaz media sosial sebagai tempat mencurahkan perasaan atau masalah peribadi.

‘Elakkan DM atau PM artis, influencer, ustaz lelaki’" PETALING JAYA – Senada senario semasa, pelakon Adam Corrie menitipkan pesanan kepada golongan wanita agar mengelak daripada meluahkan masalah peribadi kepada golongan lelaki, terutama dalam media sosial.

Katanya, walau sekadar berkongsi cerita atau meminta pandangan menerusi mesej langsung (DM) atau WhatsApps (WA), perkara tersebut boleh mengundang salah faham atau membawa kepada risiko tertentu.

“Jika cik-cik (wanita solo) atau puan-puan (isteri orang) sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM atau PM (mesej peribadi) artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz lelaki untuk meluahkan perasaan dan masalah.

“Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita,” katanya menerusi platform Threads.

Menurutnya, lebih baik sebarang isu mahupun masalah yang ingin diselesaikan dikongsikan dengan sama jantina seperti kawan atau ahli keluarga sendiri.

Adam yang juga penceramah bebas menyifatkan perlu ada pertimbangan wajar dalam menyelesaikan hal peribadi untuk mengelakkan berlakunya perkara tidak baik.

“Lebih elok kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai. Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku.

“Kita perlu berhati-hati agar tidak timbul salah faham, niat tidak baik, atau perkara yang boleh membawa kepada situasi di luar kawalan.

“Orang ambil kesempatan pun ramai. Nasihat ini pun ditujukan untuk saya,” ujarnya.

Begitupun, pelakon KL Gangster itu menafikan perkongsiannya merujuk kepada kes mahkamah membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed.

“Minta maaf saya cerita pengalaman saya dan nasihat isteri saya. Bukan isu semasa sekarang,” katanya membalas komen netizen.

Menerusi ruangan komen lain, rata-rata senada dengannya yang berharap golongan wanita lebih peka agar tidak terperangkap ke

“Sangat setuju, cerita dengan orang paling rapat. Macam saya lebih selesa luahkan pada adik-beradik perempuan, dengan kawan baik pun tak berani. Takut dia bergosip pula dengan kawan lain. Habis semua orang tau rahsia kita,” tulis seorang pemilik akaun Threads.

Terdahulu, pelakon yang sinonim dengan aksi lagak ngeri itu sememangnya aktif memuat naik perkongsian berkaitan isu semasa serta pandangan umum berkaitan hal kemasyarakatan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaaa Adam tu memandai je nasihat suka2, kadang aku perasan kat IG dia pun poyo gila. Takkan la semua masalah personal tu kita boleh cerita kat kawan je, sometimes kena try tengok view orang lain jugak kan. 😏

 

Murali Abdullah ·
Follow​

Stodsronepm329a2ui0aiu11a9t434g3g947a07a5ta9ig9624a66hh2tc21 ·

https://www.facebook.com/#
‎Sempena bulan Ramadan yg mulia ini saya nak tulis sedikit sebanyak tentang Bulan Ramadhan ini yg tidak dimuliakan oleh org2 filem.

‎Saya sedar ramai orang2 filem akan marah saya sebab saya bocorkan rahsia mereka.
‎LANTAK ko orglah!!!

‎Satu hari di tahun 1995.
‎1995 menjadi tahun yg sgt istimewa kepada saya kerana tahun itulah saya memeluk agama Islam.

‎Dari nama Muralitharan s/o Vadivelu, nama saya bertukar kpd Muhammad Murali bin Abdullah..
‎Murali Abdullah menjadi nama singkatan saya selepas itu.

‎Semasa saya bekerja di HVD Film Production,pada masa itu saya belum alim lagi,
‎Ada seorang pengarah filem Type -C ( yg sgt popular dan Untouchable di HVD Film Production) memaksa seorang artis Melayu utk makan nasi di dlm satu babak di bulan Ramadhan.

‎Artis Melayu itu minta belas kasihan daripada Pengarah Filem Type-C ini kerana dia ingin berpuasa.
‎Pengarah filem Type -C ini memaksa artis Melayu ini utk mkn juga !

‎Perbuatan Pengarah Filem Type -C ini menjadi viral di kalangan kami di HVD Film Production.
‎Walaupun saya tidak alim pada masa itu, saya jadi sgt2 marah dgn Pengarah Filem Type -C ini.

‎Saya cari dia utk dia terus bercuti panjang di hospital. Dia menghilangkan diri!!! Beberapa tahun kemudian HVD Film Production bangkrap dan Pengarah Filem kesayangan HVD Film Production tak ada kerja sehinggalah skg.

‎Setelah saya berhenti dari HVD Film Production,saya bekerja di sebuah syarikat perfileman Melayu. Setiap hari Boss syarikat itu akan berbual dengan saya sekurang-kurangnya 2 jam mengenai kehebatannya membina syarikat itu.

‎Bagaimana dari 6 kerusi plastik sahaja ke satu pejabat yg mewah di Subang Jaya.
‎Masuk seminggu, saya nampak dia mcm "kerbau pendek" sedang oink! oink! kpd saya.
Benci saya kpd dia bertambah oink! oink!!!

‎Satu hari di bulan puasa, Boss baru yg Type-M ini sedang minum air. Saya pun tanya dia "Boss tak puasa ka?". Dia pun jawab "Pagi tadi saya gosok gigi ,tiba- tiba saya rasa Colgate di tengkuk saya,puasa saya terbatal".Oink! Oink!

‎Beberapa tahun selepas itu, syarikat dia bangkrap. Rumah tangganya musnah.
‎Sebelum dia meninggal dunia dia mgm hidup susah.

‎Suatu masa dahulu,ada seorang Presiden Persatuan Filem yg gah. Presiden itu juga seorang pengarah filem dan pelakon.

‎Di dlm satu video yang dikongsikan di WhatsApp, Presiden itu minum Milo Ais di bulan Ramadhan!
Skg dia susah, hidup miskin dan minta bantuan di sana- sini. Oink! Oink!

‎Saya melarang keras utk sesiapa mkn di lokasi saya termasuk perempuan di bulan Ramadhan.
‎Walaupun saya sgt2 tegas,ada juga yg curi2 mkn di belakang saya.
‎Mereka akan mkn dibelakang ranting2, hisap rokok pun dibelakang ranting2 itu.

‎Suatu hari semasa saya sedang shooting dgn Arwah S. Shamsuddin ( Bujang Lapok), saya tegur kpd crew2 yg sembunyi2 mkn di belakang ranting2 itu.
‎Saya berkata "Bila ko mati kelak,ko org akan direndam dlm air liur org2 yg berpuasa!!!"

‎Selepas itu, saya pun sambung balik shting tanpa berfikir tentang crew2 saya yg tak berpuasa itu.
‎Pada keesokan harinya, jurukamera,juga selaku ketua crew berjumpa saya di lokasi.
Dia berkata salah seorang crewnya telah meninggal dunia kerana sakit.

‎Saya di hospital masa itu,di depan jenazah crew itu, berpuluh-puluh orang dtg untuk melihat jenazah crew itu. Sesama mereka, mereka peluk dan menanggis,mengenang jasa-jasa arwah.

‎Apabila tiba imam utk mandikan jenazah arwah, tiba-tiba semua hilang!
‎Semua lesap! Tinggal saya berseorangan di situ.

‎Saya bantu imam itu mandikan jenazah arwah dan kapan arwah. Sekurang-kurangnya saya dah belajar cara utk mandikan jenazah.
‎Semasa nak solat jenazah, puak2 itu muncul kembali. Pada masa itulah saya menanggis mengenangkan arwah.

‎Semasa saya shting filem Hantu Air di Ipoh,Perak, DOP saya yg bernama Indera Che Muda menjadi jurukamera saya. Bersama-sama dia,ada lebih kurang 20 crew.
‎Berbeza dgn crew2 yg lain, crew2 Indera Che Muda selalu bersolat berjemaah.

Bersolat Jumaat dan subuh. Cuma waktu solat Asar sahaja mereka solat berasing, saling ganti satu sama lain utk bersolat kerana waktu Asar adalah waktu yg genting utk shting kerana cahaya matahari tidak akan tahan lama.
‎Saya Respect Indera Che Muda kerana dia sangat patuh kepada Allah.

‎Tujuan saya menulis ini bukannya saya nak buka aib org2 filem tetapi sekadar utk menasihati semua yg terlibat di dalam Perfileman Malaysia, hormatilah Bulan Ramadhan.

‎Takutlah pada ALLAH.
‎Bertaubatlah sebelum anda DISEMBAYANGKAN.
 
Back
Top
Log in Register