BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Doakan konsert lancar’ – Shila Amzah sambut 1 Syawal di China

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
InShot_20260320_093043086-scaled.jpg


‘Doakan konsert lancar’ – Shila Amzah sambut 1 Syawal di China" PETALING JAYA – Bakal mengadakan konsert di China esok, buat pertama kali penyanyi Shila Amzah meraikan 1 Syawal bersama suami dan dua anak mereka di luar negara.

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mengakui kini dalam ‘panic mode’ apabila bakal merasai suasana hari raya yang berbeza di perantauan.

“Ini pertama kali kami sekeluarga termasuk anak-anak akan beraya di Shanghai. Dua minggu ini saya habiskan masa bersama keluarga sebelum berangkat ke China.

“Doakan konsert saya berjalan lancar. Itulah, gementar juga bawa anak-anak,” katanya dalam hantaran Instagram.

Begitupun, isteri kepada pempengaruh, Ubai itu juga teruja merasai pengalaman baharu apabila suaminya akan merakam vlog sepanjang tempoh mereka berada di sana.

Akui penyanyi lagu Masih Aku Cinta itu, dia turut membawa beberapa pasang baju kurung serta persalinan raya buat seisi keluarga.

“Baju raya memang bawa. Bila lagi nak ‘kami dari perantauan ingin mengucapkan, selamat…’,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Shila baru menjayakan konsert jelajah di beberapa bandar raya di China iaitu Chengdu, Guangzhou, serta Nanjing.

Popularitinya di negara tembok besar itu kekal kukuh, malah lagu Mandarin nyanyiannya, Dao Shu Shui Ai Wo, turut mencatatkan rekod luar biasa dengan lebih 800 juta penstriman. – KOSMO! ONLINE
==============================
Shila ni memang bz sungguh kan, asyik konsert2 je. Mesti penat, tapi rezeki tak putus. Anyway, kat IG nampak happy je, moga konsert smooth la. Travel safe, Shila! 😄✈️

 
Back
Top
Log in Register