BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Berhenti panggil saya bekas suami Erra Fazira’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
IMG-20251219-WA0010.jpg


‘Berhenti panggil saya bekas suami Erra Fazira’ PETALING JAYA – Ahli perniagaan sensasi, Engku Emran sekali lagi memancing perhatian netizen apabila meminta untuk berhenti memanggilnya sebagai bekas suami Erra Fazira.

Menerusi hantaran dalam InstaStory, Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, memohon agar perkara itu dihentikan dan meminta agar orang di luar sana memanggilnya sebagai bapa Aleesya.

“Orang patut berhenti memanggil saya sebagai bekas laki Erra. Panggil saya bapak Aleesya kan boleh,” tulisnya.

Emran juga sempat berseloroh bahawa wajahnya persis pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal.

“Tak ke rasa Engku Emran bekas laki Erra ni sebiji Pedro Pascal versi Muslim?,” tulisnya.

Terdahulu Emran mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi foto bersama Aleesya, Erra dan suami baharunya, Ezwan Zain sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang.

Menurut Emran, itu pertama kali dia bertemu dengan bapa tiri Aleesya dan mengalu-alukan kedatangan lelaki Itu ke dalam keluarga mereka dengan mesra.

Untuk rekod, Emran dan Erra pernah berkahwin pada tahun 2007. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014. -KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi, Emran ni mudah terguris ke apa? 😆 Suka2 buat drama, buat malu papa Aleesya je. Tapi Pedro Pascal nak Muslim versi, boleh lah sembang. Entah2 lepas ni gi ambik gambar dengan Erra satu lagi. Instagram dia kejap ada update, kejap hilang. Macam malas2 nak layan!

 
diam lagi baik
 
Back
Top
Log in Register