BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,136.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal di Bursa Malaysia Derivatives hari ini. Pada 9.30 pagi, kontrak Mac 2026 susut lapan mata kepada 1,718.50, kontrak April 2026 dan Jun 2026 masing-masing turun tujuh mata kepada 1,710.50 dan 1,707.50 manakala September 2026 berkurangan 6.50 mata kepada 1,690.0. Jumlah dagangan sebanyak 7,596 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,739 kontrak. Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 2.91 mata kepada 1,713.70 selepas 47 minit dagangan berbanding penutupan Rabu pada paras 1,716.68. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2537719
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penurunan Harga Minyak Mentah, Minyak Soya
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak mentah berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) - Iran yang semakin reda, kata seorang peniaga. Ketika ini, minyak mentah Brent turun 4.45 peratus kepada US$99.84 setiap tong (US$1 = RM3.94). Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata penyusutan harga minyak soya turut menambah tekanan kepada minyak sawit kerana kedua-dua komoditi bersaing dalam pasaran minyak masak global. “Kami mengesan paras sokongan di atas RM4,450 satu tan dan paras  rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak April 2026 turun RM58 kepada RM4,445 satu tan, Mei 2026...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan pasaran tunai pendasar. Pada penutupan dagangan, kontrak Mac 2026 menambah 11 mata kepada 1,716.0, April 2026 meningkat 10.5 mata kepada 1,717.5, Jun 2026 menokok 10 mata kepada 1,714.5 dan September 2026 naik 12.5 mata kepada 1,696.5. Jumlah dagangan melonjak kepada 19,617 lot daripada 9,667 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 52,401 kontrak daripada 42,750 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.92 mata atau 0.46 peratus kepada 1,716.68 daripada 1,708.76 semasa ditutup pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2537618
Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari Menjejaki Prestasi Serantau
Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak. Namun, pasaran tempatan terus menerima sokongan meluas yang didahului oleh sektor perbankan, penjagaan kesihatan serta pembinaan. Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.30 mata atau 0.25 peratus kepada 1,713.06 daripada 1,708.76, semalam. Indeks penanda aras itu dibuka menokok 13.74 mata pada 1,722.50 dan bergerak dalam julat 1,711.90 hingga 1,725.93 sepanjang sesi dagangan pagi. Sentimen pasaran kurang memberangsangkan apabila kaunter rugi mengatasi untung iaitu 445 berbanding 436 manakala 483...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.61 mata atau 0.97 peratus kepada 1,725.37 daripada 1,708.76 semasa ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka 13.74 mata lebih tinggi kepada 1,722.50. Pasaran secara keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 257 berbanding 139, manakala 238 kaunter tidak berubah, sebanyak 2,122 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan pada 168.76 juta unit bernilai RM176.52 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Harga Minyak Kacang Soya
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga. Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata penurunan harga minyak kacang soya memberi tekanan kepada minyak sawit kerana kedua-dua komoditi itu bersaing dalam pasaran minyak makan global. “Kami mendapati harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,500 satu tan manakala rintangan pada RM4,680 setan,” katanya kepada Bernama. Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan April 2026 susut RM77 kepada RM4,503 satu tan, Mei 2026 turun RM77 kepada RM4,542 satu tan dan Jun 2026 merosot RM74 kepada RM4,537 satu tan. Julai 2026 kurang RM68 kepada RM4,512 satu tan...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai pendasar. Pada penutup, kontrak Mac 2026 dan April 2026 masing-masing susut 14.5 mata kepada 1,705.0 dan 1,706.50, Jun 2026 berkurang 16.5 mata kepada 1,704.0 dan September 2026 merosot 16.0 mata kepada 1,684.0. Jumlah dagangan menyusut kepada 9,667 lot daripada 10,346 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 42,750 kontrak berbanding 42,127 sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI susut 11.95 mata atau 0.68 peratus kepada 1,708.76 berbanding 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2537237
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Apabila Harapan Terhadap keredaan Konflik Asia Barat Pudar
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.95 mata atau 0.69 peratus kepada 1,708.76 daripada 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis minggu lepas. Penanda aras pasaran dibuka 11.38 mata lebih tinggi kepada 1,732.09 dan bergerak dalam julat antara 1,704.06 hingga 1,732.09 sepanjang dagangan hari ini. Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 968 berbanding 284 manakala 399 kaunter tidak berubah, 1,114 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 3.35 bilion unit...
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Dagangan Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan berterusan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh sektor produk dan perkhidmatan perindustrian, perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik. Setakat 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.41 mata atau 0.84 peratus kepada 1,706.30 berbanding penutupan Khamis lepas pada 1,720.71. Indeks penanda aras itu dibuka menokok 11.38 mata pada 1,732.09 dan seterusnya bergerak dalam julat 1,704.06 hingga 1,732.09 pada sesi dagangan pagi. Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 920 berbanding 198 manakala 363 lain tidak berubah, 1,284 tidak...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Dengan Peningkatan Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.97 mata atau 0.17 peratus kepada 1,723.68 daripada 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 11.38 mata kepada 1,732.09. Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan 316 kaunter untung mengatasi 94 kaunter rugi manakala 273 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 157.08 juta saham bernilai RM185.17 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti...
Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri walaupun trend secara keseluruhannya masih menunjukkan momentum kenaikan secara berperingkat. Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pemacu utama adalah kekal harga minyak dan perkembangan di Asia Barat, dengan sentimen pasaran dijangka terus dipacu oleh keadaan semasa. “Ketegangan geopolitik yang meningkat dalam tempoh cuti panjang dari Jumaat hingga Isnin depan boleh mencetuskan lonjakan sementara kepada harga minyak. “Bagaimanapun, jika ketegangan mereda sebelum pasaran dibuka semula pada Selasa, impaknya terhadap Bursa Malaysia dijangka kekal terkawal,” katanya kepada...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Sentimen Berhati-hati Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam fasa konsolidasi minggu depan sejajar dengan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata minggu depan dijangka didorong oleh peralihan sektor yang aktif berbanding hala tuju pasaran yang jelas. “Kami menjangka dagangan kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi yang penting minggu depan, dengan tumpuan kepada pelaburan langsung asing China bagi Februari dan Indeks Pengurus Pembelian Amerika Syarikat bagi Mac. “Selepas situasi tidak menentu pada pertengahan Mac apabila FBM KLCI mencapai paras 1,685 sebelum meningkat kepada julat 1,720 hingga...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Kenaikan Harga Tenaga
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan susulan konflik di Asia Barat. Peniaga minyak sawit daripada Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata konflik itu telah mendorong harga tenaga lebih tinggi, sekali gus menyokong sentimen terhadap minyak sawit. “Perang yang berterusan melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendorong harga minyak lebih tinggi, yang menyokong sentimen minyak sawit di pasaran. “Dalam hal ini kami melihat harga bergerak dalam julat antara RM4,450 satu tan hingga RM4,680 satu tan minggu depan,” katanya kepada Bernama. Sebaliknya, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran...
Niaga Hadapan MSM Naik Dipacu Tenaga, Jangkaan Biodiesel Indonesia
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan harga tenaga dan jangkaan dasar biodiesel Indonesia. Ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani, berkata  harga minyak sawit kini berada pada diskaun yang besar berbanding gas dan minyak, memandangkan harga tenaga bergerak lebih tinggi secara mendadak, menjejaskan perkembangan mandat biodiesel di Indonesia. “Diskaun minyak sawit terhadap minyak gas mencetuskan perbincangan mengenai pengenalan mandat biodiesel B50 di Indonesia. Selain itu, cukai eksport minyak sawit Indonesia bagi April dijangka meningkat sebanyak dua tahap yang dapat menyokong kekuatan harga minyak sawit...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 merosot 12.5 mata kepada 1,719.50; April 2026 dan September 2026, masing-masing berkurangan 12.0 mata kepada 1,721.0 dan 1,700.0 serta Jun 2026 menurun 10.5 mata kepada 1,720.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 10,346 lot daripada 7,688 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,127 kontrak daripada 40,404 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI menurun 9.10 mata atau 0.53 peratus kepada 1,720.71 daripada 1,729.81 dicatatkan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2536134
Bursa Malaysia Di Tutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Seiring Kelemahan Pasaran Serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan pada saat-saat akhir dalam saham utama terutama sektor kesihatan, utiliti dan perkhidmatan kewangan, dan turut seiring dengan kelemahan pasaran serantau. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.10 mata atau 0.53 peratus kepada 1,720.71 berbanding 1,729.81 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah 6.52 mata kepada 1,723.29 dan bergerak antara 1,719.93 hingga 1,737.12 sepanjang dagangan. Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 707 berbanding 442 manakala 486 kaunter kekal tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.36 bilion...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Kelemahan Di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis dengan indeks penanda aras itu berubah daripada kenaikan awal selepas dibuka lebih tinggi, menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street. Sentimen terjejas oleh indeks harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan, meningkat 0.7 peratus berbanding unjuran konsensus sebanyak 0.3 peratus, manakala Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah, kata seorang peniaga. Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.73 mata atau 0.45 peratus kepada 1,722.08 daripada penutupan Rabu pada 1,729.81. Indeks utama dibuka 6.52 mata lebih tinggi pada 1,723.29 sebelum merosot. Secara keseluruhan, pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak Kacang Soya
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah baru-baru ini dan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). Selain itu, kebimbangan terhadap bekalan minyak di Asia Barat semakin mereda berikutan terdapatnya laporan kapal tangki telah dibenarkan melalui Selat Hormuz yang menyumbang kepada kejatuhan terkini harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit daripada Iceberg X Sdn Bhd, David Ng. “Perkembangan ini telah menurunkan harga minyak mentah, sekali gus menekan harga minyak sawit memandangkan minyak sawit digunakan secara meluas sebagai bahan mentah biobahan api. "Sehubungan itu, kami melihat paras sokongan pada...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sejajar kenaikan pasaran tunai asas. Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 meningkat 19.0 mata kepada 1,732.0, manakala April 2026 dan Jun 2026 masing-masing naik 19.5 mata kepada 1,733.0 dan 1,731.0, dan September 2026 menokok 20.5 mata kepada 1,712.0. Jumlah dagangan bertambah kepada 7,688 lot daripada 7,463 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 40,404 kontrak daripada 40,728 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 18.82 mata atau 1.10 peratus kepada 1,729.81 daripada 1,710.99 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2535808
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 18.82 mata atau 1.10 peratus kepada 1,729.81 berbanding paras 1,710.99 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi pada 1,713.97 dan bergerak antara 1,713.42 hingga 1,730.72 sepanjang dagangan hari ini. Sentimen pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 657 berbanding 480. Sebanyak 528 kaunter tidak berubah, 1,069 tidak diniagakan dan 11 digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.33 bilion unit bernilai RM4.27 bilion berbanding 2.82 bilion unit bernilai RM2.76...
Back
Top
Log in Register