BTC USD 81,256.1 Gold USD 4,030.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Dengan Peningkatan Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.97 mata atau 0.17 peratus kepada 1,723.68 daripada 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 11.38 mata kepada 1,732.09. Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan 316 kaunter untung mengatasi 94 kaunter rugi manakala 273 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 157.08 juta saham bernilai RM185.17 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti...
Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri walaupun trend secara keseluruhannya masih menunjukkan momentum kenaikan secara berperingkat. Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pemacu utama adalah kekal harga minyak dan perkembangan di Asia Barat, dengan sentimen pasaran dijangka terus dipacu oleh keadaan semasa. “Ketegangan geopolitik yang meningkat dalam tempoh cuti panjang dari Jumaat hingga Isnin depan boleh mencetuskan lonjakan sementara kepada harga minyak. “Bagaimanapun, jika ketegangan mereda sebelum pasaran dibuka semula pada Selasa, impaknya terhadap Bursa Malaysia dijangka kekal terkawal,” katanya kepada...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Sentimen Berhati-hati Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam fasa konsolidasi minggu depan sejajar dengan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata minggu depan dijangka didorong oleh peralihan sektor yang aktif berbanding hala tuju pasaran yang jelas. “Kami menjangka dagangan kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi yang penting minggu depan, dengan tumpuan kepada pelaburan langsung asing China bagi Februari dan Indeks Pengurus Pembelian Amerika Syarikat bagi Mac. “Selepas situasi tidak menentu pada pertengahan Mac apabila FBM KLCI mencapai paras 1,685 sebelum meningkat kepada julat 1,720 hingga...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Kenaikan Harga Tenaga
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan susulan konflik di Asia Barat. Peniaga minyak sawit daripada Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata konflik itu telah mendorong harga tenaga lebih tinggi, sekali gus menyokong sentimen terhadap minyak sawit. “Perang yang berterusan melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendorong harga minyak lebih tinggi, yang menyokong sentimen minyak sawit di pasaran. “Dalam hal ini kami melihat harga bergerak dalam julat antara RM4,450 satu tan hingga RM4,680 satu tan minggu depan,” katanya kepada Bernama. Sebaliknya, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran...
Niaga Hadapan MSM Naik Dipacu Tenaga, Jangkaan Biodiesel Indonesia
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan harga tenaga dan jangkaan dasar biodiesel Indonesia. Ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani, berkata  harga minyak sawit kini berada pada diskaun yang besar berbanding gas dan minyak, memandangkan harga tenaga bergerak lebih tinggi secara mendadak, menjejaskan perkembangan mandat biodiesel di Indonesia. “Diskaun minyak sawit terhadap minyak gas mencetuskan perbincangan mengenai pengenalan mandat biodiesel B50 di Indonesia. Selain itu, cukai eksport minyak sawit Indonesia bagi April dijangka meningkat sebanyak dua tahap yang dapat menyokong kekuatan harga minyak sawit...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai. Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 merosot 12.5 mata kepada 1,719.50; April 2026 dan September 2026, masing-masing berkurangan 12.0 mata kepada 1,721.0 dan 1,700.0 serta Jun 2026 menurun 10.5 mata kepada 1,720.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 10,346 lot daripada 7,688 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,127 kontrak daripada 40,404 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI menurun 9.10 mata atau 0.53 peratus kepada 1,720.71 daripada 1,729.81 dicatatkan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2536134
Bursa Malaysia Di Tutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Seiring Kelemahan Pasaran Serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan pada saat-saat akhir dalam saham utama terutama sektor kesihatan, utiliti dan perkhidmatan kewangan, dan turut seiring dengan kelemahan pasaran serantau. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.10 mata atau 0.53 peratus kepada 1,720.71 berbanding 1,729.81 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah 6.52 mata kepada 1,723.29 dan bergerak antara 1,719.93 hingga 1,737.12 sepanjang dagangan. Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 707 berbanding 442 manakala 486 kaunter kekal tidak berubah, 1,131 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.36 bilion...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Kelemahan Di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis dengan indeks penanda aras itu berubah daripada kenaikan awal selepas dibuka lebih tinggi, menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street. Sentimen terjejas oleh indeks harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan, meningkat 0.7 peratus berbanding unjuran konsensus sebanyak 0.3 peratus, manakala Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah, kata seorang peniaga. Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.73 mata atau 0.45 peratus kepada 1,722.08 daripada penutupan Rabu pada 1,729.81. Indeks utama dibuka 6.52 mata lebih tinggi pada 1,723.29 sebelum merosot. Secara keseluruhan, pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak Kacang Soya
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah baru-baru ini dan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). Selain itu, kebimbangan terhadap bekalan minyak di Asia Barat semakin mereda berikutan terdapatnya laporan kapal tangki telah dibenarkan melalui Selat Hormuz yang menyumbang kepada kejatuhan terkini harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit daripada Iceberg X Sdn Bhd, David Ng. “Perkembangan ini telah menurunkan harga minyak mentah, sekali gus menekan harga minyak sawit memandangkan minyak sawit digunakan secara meluas sebagai bahan mentah biobahan api. "Sehubungan itu, kami melihat paras sokongan pada...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sejajar kenaikan pasaran tunai asas. Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 meningkat 19.0 mata kepada 1,732.0, manakala April 2026 dan Jun 2026 masing-masing naik 19.5 mata kepada 1,733.0 dan 1,731.0, dan September 2026 menokok 20.5 mata kepada 1,712.0. Jumlah dagangan bertambah kepada 7,688 lot daripada 7,463 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 40,404 kontrak daripada 40,728 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 18.82 mata atau 1.10 peratus kepada 1,729.81 daripada 1,710.99 ketika ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2535808
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 18.82 mata atau 1.10 peratus kepada 1,729.81 berbanding paras 1,710.99 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi pada 1,713.97 dan bergerak antara 1,713.42 hingga 1,730.72 sepanjang dagangan hari ini. Sentimen pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 657 berbanding 480. Sebanyak 528 kaunter tidak berubah, 1,069 tidak diniagakan dan 11 digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.33 bilion unit bernilai RM4.27 bilion berbanding 2.82 bilion unit bernilai RM2.76...
Bursa Malaysia Kekal Kukuh Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Serantau
Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan tengah hari ini, selari dengan prestasi positif pasaran serantau. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.85 mata atau 0.87 peratus kepada 1,725.84, berbanding paras 1,710.99 ketika ditutup semalam. Indeks dibuka 2.98 mata lebih tinggi pada 1,713.97 dan bergerak antara 1,713.42 dan 1,726.60 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran kekal positif dengan 530 kaunter meningkat berbanding 394 kaunter menurun. Sebanyak 364 kaunter tidak berubah, 1,446 tidak diniagakan dan 11 kaunter digantung. Jumlah dagangan berjumlah 1.68 bilion unit bernilai RM1.97 bilion. Dalam satu nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran tempatan terus meningkat susulan...
Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kadar asas pasaran tunai. Pada 9.42 pagi, kontrak Mac 2026 dan April 2026, masing-masing meningkat 9.0 mata kepada 1,719.0 dan 1,719.5, Jun 2026 naik 7.50 mata kepada 1,719.0 dan September 2026 menambah 13.5 mata kepada 1,705.0. Jumlah dagangan sebanyak 3,082 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,139 kontrak. FBM KLCI meningkat 14.92 mata kepada 1,725.91 selepas 49 minit dagangan daripada 1,710.99 dicatatkan semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2535550
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Wall Street Walaupun Harga Minyak Mentah Meningkat
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, sejajar dengan kenaikan Wall Street semalaman walaupun harga minyak mentah yang tidak menentu kekal melebihi paras US$100 setong. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.24 mata atau 0.72 peratus kepada 1,723.23 daripada 1,710.99 dicatatkan semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.98 mata kepada 1,713.97. Pasaran secara menyeluruh positif dengan 177 kaunter untung mengatasi 124 kaunter rugi manakala 222 kaunter tidak berubah, 2,211 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 209.55 juta saham bernilai RM271.88 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata rayuan Presiden AS Donald Trump untuk...
Elliott labur dalam Mitsui OSK berikutan usaha tambah baik pulangan pemegang saham dan kecekapan modal
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Elliott beli saham besar dalam Mitsui OSK, dorong peningkatan pulangan pemegang saham. Saham Mitsui OSK naik 12% selepas pelaburan Elliott. Mitsui OSK miliki lebih 900 kapal, termasuk kapal kargo dan feri. Menurut laporan Reuters, Elliott Investment Management telah membeli saham “signifikan” dalam Mitsui OSK Lines (9104.T), dengan dua sumber mengatakan bahawa firma pelaburan ini mendesak syarikat perkapalan Jepun tersebut untuk meningkatkan pulangan kepada pemegang saham dan keberkesanan modal. Saham Mitsui OSK menunjukkan peningkatan sekitar 12% selepas Reuters melaporkan pelaburan tersebut, yang kemudiannya disahkan oleh Elliott dalam kenyataan rasmi mereka. Dana lindung nilai ini berada di...
Victory Capital tingkatkan tawaran $8.6 bilion kepada Janus Henderson berikutan tekanan persaingan dan janji syarat lebih baik
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Victory Capital tingkatkan tawaran kepada $8.6 bilion. Tawaran termasuk $40 tunai dan 0.25 saham Victory per saham Janus. Janus akan menilai semula cadangan Victory yang diperbaharui. Menurut laporan Reuters, Victory Capital telah meningkatkan tawaran tunai dan sahamnya kepada $8.6 bilion (MYR 40.4 bilion) untuk mengambil alih pesaingnya, Janus Henderson. Ini adalah usaha Victory untuk menggagalkan perjanjian Janus dengan Trian dan General Catalyst. Tawaran ini muncul tidak lama selepas Janus menolak tawaran awal Victory, yang mempunyai komponen tunai yang lebih rendah dan dianggap tidak lebih baik daripada perjanjian tunai sepenuhnya bernilai $7.4 bilion (MYR 34.7 bilion) dengan...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan indeks saham sebenar di pasaran tunai Bursa Malaysia. Pada penutupan, kontrak Mac 2026 meningkat 26.5 mata kepada 1,713.0, April 2026 naik 25.5 mata kepada 1,713.50, Jun 2026 bertambah 24.5 mata kepada 1,711.50, dan September 2026 meningkat 23.5 mata kepada 1,691.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 7,463 lot berbanding 4,877 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,728 kontrak daripada 38,539 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 14.43 mata atau 0.85 peratus kepada 1,710.99 berbanding penutupan semalam pada 1,696.56...
Bursa Malaysia Meningkat Semula, Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah
Bursa Malaysia meningkat semula selepas mencatatkan kerugian selama dua hari untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu aktiviti memburu saham berharga rendah dan seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 14.43 mata atau 0.85 peratus kepada 1,710.99 daripada paras penutup 1,696.56 semalam. Sewaktu dibuka, indeks itu naik 6.60 mata kepada 1,703.16 dan bergerak antara 1,701.19 dan 1,713.25 pada sepanjang sesi dagangan. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 682 berbanding 432 manakala 454 tidak berubah, sebanyak 1,153 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangannya. Jumlah dagangan...
Bank of Montreal rancang buka lebih 130 pusat kewangan di California berikutan pengembangan pasaran di AS Barat
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama BMO akan buka lebih 130 pusat kewangan di California. Bank of Montreal jual 138 cawangan kepada First Citizens Bank. Pembelian Bank of the West oleh BMO bernilai $16.3 bilion. Menurut laporan Reuters, Bank of Montreal (BMO.TO) merancang untuk membuka lebih daripada 130 pusat kewangan di California dan kira-kira 15 di Arizona dalam tempoh lima tahun akan datang, sebagai usaha untuk meluaskan kehadirannya di Barat Amerika Syarikat selepas penjualan beberapa cawangan di seluruh negara tahun lalu. BMO, bank ketiga terbesar di Kanada mengikut nilai pasaran, menyatakan pada bulan Oktober bahawa ia akan menjual 138 cawangan kepada First Citizens Bank dan melabur semula dalam pasaran yang mempunyai...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Positif Pasaran Serantau
Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan industri. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.15 mata atau 0.78 peratus kepada 1,709.71, berbanding 1,696.56 ketika ditutup pada Isnin. Indeks penanda aras itu yang dibuka 6.60 mata lebih tinggi pada 1,703.16, bergerak antara 1,701.19 dan 1,713.25 dalam sesi pagi. Sentimen keseluruhan pasaran positif, dengan 567 kaunter untung mengatasi 402 kaunter rugi. Sebanyak 420 kaunter tidak berubah, 1,332 tidak didagangkan, dan 21 digantung. Jumlah dagangan...
Back
Top
Log in Register