BTC USD 84,575.9 Gold USD 4,130.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.32 mata atau 0.25 peratus kepada 1,691.18 berbanding paras 1,695.50 ketika ditutup pada Jumaat. Terdahulu, indeks penanda aras itu dibuka 1.18 mata lebih rendah pada 1,694.32. Sentimen pasaran negatif dengan 273 kaunter rugi mengatasi 139 kaunter untung, manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,898 tidak diniagakan dan 10 digantung. Jumlah dagangan berjumlah 290.07 juta saham bernilai RM160.14 juta. Hong Leong Investment Bank Bhd berkata risiko geopolitik kekal meningkat apabila pendirian Presiden Amerika Syarikat...
Niaga Hadapan MSM Diunjur Meningkat Minggu Depan Ketika Konflik Asia Barat
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan tinggi minggu depan dalam persekitaran krisis yang berlarutan di Asia Barat, kata peniaga. Peniaga proprietary Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata berita mengenai program biodiesel B50 Indonesia turut dijangka merangsang sentimen pasaran. “Kami menjangka harga (MSM) diniagakan antara RM4,750 dan RM4,950 (satu tan) pada minggu depan,” katanya kepada Bernama. Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2026 meningkat RM205 kepada RM4,745 satu tan, Mei 2026 naik RM188 kepada RM4,799 satu tan dan Jun 2026 menokok RM208 kepada RM4,839 satu tan. Sementara itu, kontrak Julai 2026 meningkat RM224 kepada RM4,844 satu tan, Ogos 2026 naik RM227 kepada...
Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai pendasar. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ketidaktentuan pasaran dijangka berterusan apabila pelabur terus memantau perkembangan geopolitik dan pergerakan harga minyak mentah. “Dengan ketiadaan pemangkin yang jelas, dagangan berkemungkinan kekal selektif dengan keutamaan diberikan kepada sektor defensif dan yang berkaitan komoditi,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata paras sokongan segera dilihat sekitar 1,680 manakala paras rintangan berhampiran 1,730, ketika pasaran mengalami pengukuhan...
Jangkaan Inventori Rendah Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong jangkaan paras inventori yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga. Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata permintaan tinggi terhadap komoditi itu turut meningkatkan sentimen. Pada penutup dagangan, kontrak April 2026 meningkat RM60 kepada RM4,745 setan, manakala kontrak Mei 2026 naik RM46 kepada RM4,799 setan. Kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing menokok RM48 kepada RM4,839 dan RM4,844 setan, manakala Ogos 2026 meningkat RM50 kepada RM4,824 setan dan September 2026 naik RM52 kepada RM4,789 setan. Jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada 52,194 lot berbanding 80,412 lot...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini. Pada penutupan, April 2026 dan Mei 2026 meningkat 7.0 mata setiap satu kepada 1,700.0 serta 1,701.0, Jun 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,698.5 dan September 2026 naik 6.0 mata kepada 1,680.5. Jumlah dagangan susut kepada 3,680 lot daripada 7,909 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 35,688 kontrak berbanding 40,034 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.80 mata atau 0.16 peratus kepada 1,695.50 daripada 1,698.30. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2540688
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat
Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.80 mata atau 0.16 peratus kepada 1,695.50 berbanding paras 1,698.30 ketika ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras itu dibuka 5.82 mata lebih tinggi pada 1,704.12 dan bergerak antara 1,693.65 hingga 1,708.12 sepanjang dagangan hari ini. Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal positif dengan 634 kaunter untung mengatasi 415 kaunter rugi, manakala 521 kaunter tidak berubah, 1,077 tidak diniagakan dan 10 digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.38 bilion...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Prestasi Bercampur Serantau
Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,700.86 berbanding paras 1,698.30 ketika ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras itu yang dibuka 5.82 mata lebih tinggi pada 1,704.12 bergerak antara 1,698.60 dan 1,708.12 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran positif dengan 582 kaunter untung mengatasi 346 kaunter yang rugi, manakala 448 kaunter tidak berubah, 1,271 kaunter tidak diniagakan dan 10 kaunter digantung. Jumlah dagangan ialah 1.83 bilion unit bernilai RM1.42 bilion. Apex Securities Bhd berkata keadaan global masih...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Risiko Asia Barat
Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.98 mata atau 0.29 peratus kepada 1,703.28 daripada 1,698.30 semasa ditutup pada Khamis. Indeks dibuka tinggi 5.82 mata kepada 1,704.53. Pasaran secara menyeluruh positif dengan 247 kaunter untung mengatasi 129 kaunter rugi manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,981 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 219.64 juta saham bernilai RM136.18 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kekurangan kejelasan telah menyebabkan harga minyak mentah tidak menentu, dengan...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Minyak Mentah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam pasaran minyak mentah, kata seorang peniaga. Harga minyak mentah Brent meningkat 8.19 peratus kepada US$109.29 setong. Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata jangkaan inventori yang lebih rendah pada minggu-minggu akan datang turut melonjakkan sentimen pasaran. “Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,750 dan rintangan pada RM4,900,” katanya kepada Bernama. Pada penutupan, kontrak April 2026 dan Mei 2026 naik RM20 setiap satu kepada RM4,685 serta RM4,753 setiap tan, Jun 2026 pula menambah RM22 kepada RM4,791. Kontrak Julai 2026 dan September 2026, masing-masing menokok RM26 setiap tan...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Optimisme Terhadap Konflik Asia Barat Semakin Suram
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dengan indeks utama berakhir pada paras terendah harian apabila optimisme terhadap penamatan segera konflik Asia Barat menjadi suram susulan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pagi ini yang mencetuskan sentimen penghindaran risiko global. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.60 mata atau 0.62 peratus kepada 1,698.30 daripada 1,708.90 ketika ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 3.14 mata lebih tinggi kepada 1,712.04 sebelum bergerak antara 1,688.89 hingga 1,712.80 sepanjang dagangan hari ini. Lingkungan pasaran adalah suram dengan 744 kaunter rugi mengatasi 374 kaunter untung, manakala 436 kaunter tidak berubah, 1,094 kaunter tidak diniagakan dan...
Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis. Pada 9.36 pagi, kontrak April 2026 susut 5.0 mata kepada 1,703.5, Mei 2026 turun 1.5 mata kepada 1,707.5, Jun 2026 merosot 4.0 mata kepada 1,703.0, manakala September 2026 turun 5.5 mata kepada 1,685.5. Jumlah dagangan sebanyak 2,678 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 35,913 kontrak. Pada 9.55 pagi, FBM KLCI susut 11.98 mata kepada 1,696.92 selepas 55 minit dagangan, berbanding paras 1,708.90 ketika ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2540062
Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Optimisme Konflik Asia Barat Mereda
Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis. Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.94 mata atau 0.06 peratus kepada 1,709.84 berbanding paras 1,708.90 ketika ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu dibuka 3.14 mata lebih tinggi pada 1,712.04. Sentimen keseluruhan positif dengan 262 kaunter untung mengatasi 228 kaunter rugi, manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 11 digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 359.84 juta saham bernilai RM248.49 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga. Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih lemah turut mempengaruhi sentimen pasaran. "Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,700 dan rintangan pada RM4,850 satu tan," katanya kepada Bernama. Pada penutupan, kontrak April 2026 dan Mei 2026 turun RM64 satu tan kepada RM4,665 serta RM4,733 satu tan dan Jun 2026 berkurangan sebanyak RM59 kepada RM4,769 satu tan. Julai susut RM58 kepada RM4,770 satu tan, Ogos 2026 merosot RM61 kepada RM4,745 satu tan dan September 2026...
IPOs Mega uji pasaran AS berikutan perang Iran dan jualan saham perisian
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Pengeluaran pasaran modal ekuiti meningkat 40% kepada $211 bilion. IPO SpaceX dianggarkan bernilai lebih $75 bilion. IPO Eropah terfokus kepada sektor pertahanan. Menurut laporan Reuters, syarikat-syarikat telah mengumpul paling banyak dana melalui penjualan saham pada suku pertama sejak 2021. IPO besar dari SpaceX dan OpenAI dijangka mengumpulkan puluhan bilion lagi dalam beberapa bulan akan datang, walaupun terdapat ketidakstabilan akibat perang di Iran dan penjualan saham perisian. Pengeluaran pasaran modal ekuiti meningkat 40% tahun ke tahun kepada $211 bilion (MYR 993 bilion) dalam tiga bulan sehingga 31 Mac, menurut data LSEG. Daripada jumlah itu, hasil IPO menyumbang $44 bilion (MYR 207...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai. Pada penutup dagangan, April 2026 menambah 19.0 mata kepada 1,708.5, Mei 2026 pada 1,709.0, Jun 2026 dan September 2026, masing-masing naik 20.0 mata kepada 1,707.0 dan 1,691.0. Jumlah dagangan merosot kepada 8,172 lot daripada 11,040 lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 38,971 kontrak daripada 41,836 kontrak sebelum ini. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 18.54 mata atau 1.10 peratus kepada 1,708.90 daripada 1,690.36 pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2539934
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 1.10 Peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis. Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata peningkatan sentimen itu disokong oleh kebimbangan geopolitik yang semakin berkurangan dan penurunan harga minyak. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 18.54 mata atau 1.10 peratus kepada 1,708.90 daripada 1,690.36 ketika ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 25.58 mata kepada 1,715.94, menandakan paras tertinggi harian, dan mencecah paras terendah 1,700.20 semasa sesi pertengahan pagi...
Bank of England nyatakan perang Iran tingkatkan ancaman kestabilan kewangan berikutan kejutan bekalan global
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Perang Iran meningkatkan ancaman kestabilan kewangan dunia. Harga gas semula jadi UK naik lebih 70% sejak perang berlaku. Pasaran hutang kerajaan UK terdedah kepada posisi lindung nilai. Menurut laporan Reuters, Bank of England (BoE) menyatakan bahawa perang di Iran telah memberikan "kejutan bekalan negatif yang besar" kepada ekonomi dunia, meningkatkan bahaya bahawa ancaman terhadap kestabilan kewangan yang telah sedia ada mungkin menjadi kenyataan. BoE menyebut bahawa prospek pertumbuhan yang lebih lemah serta inflasi dan kos pinjaman yang lebih tinggi menambah kebarangkalian risiko yang berlaku serentak dalam pasaran hutang kerajaan, kredit swasta dan penilaian gergasi teknologi...
Gabungan M&A global suku pertama melebihi $1.2 trilion dengan tumpuan pada AI berikutan ketegangan di Timur Tengah.
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Jumlah transaksi suku pertama melebihi $1.2 trilion. Empat daripada enam transaksi terbesar terlibat dalam AI. Aktiviti M&A rentas sempadan meningkat 47%. Menurut laporan Reuters, pergolakan akibat perang di Iran dan turun naik penilaian belum menghalang aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) korporat, dengan transaksi suku pertama melebihi rekod $1.2 trilion (MYR 5 trilion). Walaupun jumlah urus niaga menurun 17% berbanding suku yang sama tahun lalu, syarikat-syarikat yang dibeli dan dijual adalah lebih besar, mengangkat jumlah nilai sebanyak 26%. Empat daripada enam transaksi terbesar ialah syarikat yang dianggap pelabur sedang memenangi perlumbaan AI. Selepas "Hari Pembebasan"...
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring dengan prestasi pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter perbankan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.45 mata atau 0.91 peratus kepada 1,705.81 berbanding paras 1,690.36 ketika ditutup pada Selasa. Indeks penanda aras itu, yang dibuka 25.58 mata lebih tinggi pada 1,715.94, bergerak antara 1,700.20 dan 1,715.94 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 645 berbanding 437, manakala 423 kaunter tidak berubah, 1,120 tidak diniagakan dan 33 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM1.61 bilion...
SpaceX pilih 21 bank untuk IPO mega berikutan nilai syarikat dijangka mencecah $1.75 trilion
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama SpaceX bekerjasama dengan 21 bank untuk IPO mega. IPO SpaceX dinilai pada $1.75 trilion. Senarai bank termasuk Morgan Stanley dan Goldman Sachs. Menurut laporan Reuters, SpaceX sedang bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 21 bank bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang sangat dinantikan. IPO ini, yang diberi nama kod dalaman Projek Apex, dijangka menjadi salah satu kemasukan pasaran saham yang paling diperhatikan di Wall Street. Dijangka dilancarkan pada bulan Jun, ia dianggarkan menilai syarikat roket yang dikuasai oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk, pada $1.75 trilion (MYR 8 trilion). Morgan Stanley, Goldman Sachs, JPMorgan Chase, Bank of America, dan Citigroup sedang...
Back
Top
Log in Register