Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari, berbanding aliran serantau, susulan jualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih akibat aktiviti pengambilan untung.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.43 peratus atau 25.12 mata kepada 1,731.37 daripada 1,756.49 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 3.18 mata lebih rendah pada 1,753.31 dan bergerak antara julat 1,719.52 dan 1,753.31 sepanjang sesi pagi.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 808 berbanding 273, manakala 469 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,169 kaunter tidak diniagakan dan 109 digantung.
Jumlah dagangan mencecah 1.79 juta saham bernilai RM1.91 juta...