Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada Selasa, dibuka 0.63 peratus lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Jun, 2018, disokong oleh kemasukan berterusan dana asing susulan aliran keluar besar-besaran tahun lepas.
Pada jam 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.11 mata kepada 1,755.18 daripada 1,744.07 ketika ditutup pada Isnin selepas memulakan dagangan 5.18 mata lebih tinggi pada 1,749.25.
Indeks penanda aras juga dibuka melepasi paras tertinggi sebelumnya, iaitu 1,755.14 dicatatkan pada 5 Jun, 2018.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 244 berbanding 149 manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,999 tidak diniagakan dan 66 yang lain...